Friday, December 3, 2010

CERMIN...

Sungguh indah tatkala menatap wajah sendiri di depan cermin...Menatap wajah yang dianggap cantik, hensem dan bergaya...Cermin sudah lama digunakan sejak dari zaman dahulu lagi kan???Setiap insan yang bernama manusia tidak akan terlepas untuk menatap wajah mereka sendiri didepan cermin setiap hari...Cermin juga digunakan untuk melihat keseragaman ketika menari dan juga untuk melihat kesempurnaan dalam setiap pergerakan yang telah direka...Melihat diri menari bagai seorang puteri yang keayuannya tiada bandingan dan juga bagi lelaki namapk gagah ibarat seorang pahlawan amatlah memuaskan hati tetapi pernah tak kita sebagai manusia menggunakan cermin dengan betul...atau dalam erti kata lain cermin diri kita sebagai seorang insan di muka bumi ini yang mempunyai akal fikiran sejak dari azali???TIDAK???YA???walau apa pun jawapan kita, masih banyak di antara kita yang tidak...menagapa sangat sukar untuk cermin diri kita dan lihat apa yang telah kita lakukan dalam hari ini dan bukan menjadi cermin untuk melihat kesalahan dan perilaku individu lain...manusia mudah lupa, yang kita ini hanyalah insan biasa...

Thursday, December 2, 2010

LELAKI DAN PEREMPUAN SAMA???

Lelaki dan perempuan sama???Bagi aku tidak, kenapa mereka disamakan oleh sesetengah individu aku pun tidak tahu...Masing-masing mempunyai pandangan tentang sesuatu perkara...Bagi diriku ini perempuan tidak akan dapat menyamai lelaki sepertimana lelaki tidak dapat menyamai perempuan...Hidup ini penuh dengan masalah, dugaan, cubaan, dan ujian dan bukan semua manusia dapat menghadapi semua itu dengan mudah...Sering kali aku terfikir kenapa dan mengapa, secara kasar dan umumnya perempuan sering bertindak mengikut emosi...Kenapa???Adakah sebab hormon estogen yang berlebihan atau hanya ingin memanjakan diri mereka sendiri???Bukan sukar untuk menilai sesuatu perkara dari sudut yang positif tetapi jika terlampau melayan perasaan dan emosi akan menyebabkan orang disekeliling menjadi tidak selesa dan tertanya-tanya...Aku ini hanya insan biasa dan aku tidak mampu untuk beralah untuk perkara yang aku tidak tahu apa puncanya...Menagapa harus aku membetulkan setiap keadaan dan situasi jika tiada tolak ansur antara dua pihak...Perlu sangatkah untuk menjaga perasaan pihak lain jikabukan aku yang salah???Dunia ini sentiasa adil dan bagi aku manusia yang menjadikan dunia ini tidak adil...Sebagai seorang lelaki memang secara umumnya aku  mempunyai ego yang sangat tinggi tetapi aku tidak pernah menggunakan ego aku...Sudah tiba masa aku menjadi diri aku dan HANYA memikirkan diri aku...

Tuesday, October 19, 2010

ALANGKAH BAGUS????

Dulu aku selalu terbiasa keseorangan dan sentiasa melarikan diri dari masalah...Aku selalu mengambil jalan mudah dalam beberapa perkara dan aku selalu abaikan perkara-perkara kecil...Aku jarang memikirkan hati dan perasaan orang lain...Aku selalu dibayangi dengan kisah-kisah silam aku dan aku sering jadi takut...aku terlalu berjaga-jaga samapi aku tidak sedar aku telah buat ramai yang tidak selesa...aku sering menidakkan perkara yang berlaku ke atas aku...Kini baru aku sedar yang aku telah banyak buat silap, aku terlalu menjadi orang lain dan bukan diri aku...Disebabkan aku sudah lama tidak keluar "dating" wat aku jadi pelik dan sedikit janggal untuk keluar bersama Cik Teh O...Aku sedar yang aku telah banyak menguji dan mendesak beliau dan kini aku dapat rasa sesuatu yang aku tidak jangka...Tersentak aku dan aku tidak dapat melelapkan mata memikirkan kata-kata sahabat baikku yang ku anggap sebagai abang aku sendiri...aku panggil dye Kak Long...Aku tersedar dan baru aku tahu perkara yang aku tidak ingin berlaku telah pun terjadi sebelum sempat aku betulkan suasana...Ketakutan aku bertambahdan aku semakin fobia...Aku dulu bukan macam ni, aku tidak pernah rasa susah untuk berhadapan dengan golongan HAWA...Sekarang aku tidak tahu nak buat apa-apa, aku tahu yang aku ini terlalu merisaukan perkara sampai ia menjadi tidak masuk akal...Alangkah baiknya jikalau aku boleh beritahu Cik Teh O yang aku takut sebab aku dah jadi janggal untuk berhadapan dengan buah hatiku itu...Sebab aku sebenarnya amat fobia dengan perkara-perkara yang lepas dan aku tidak tahu apa yang perlu aku lakukan...Kalaulah aku boleh bercakap dengan beliau ingin aku cakap yang aku sudah lama nak luahkan apa yang aku rasa...ingin aku tanya beliau bahawa aku memang nak tahu semua perkara tentang beliau...ingin aku tanya semua perkara yang berlaku walaupun di masa lepas, sekarang ataupun akan datang...aku sedar aku amat ego untuk berdiam diri dan bisu tanpa berkata apa-apa...walaupun aku tahu beliau sayangkan aku...aku ingin tahu semua perkara, aku cuma takut untuk bertanya...Aku terlalu memikirkan bahawa beliau tidak akan selesa dengan aku jikalau aku berbuat demikian...Alangkah bagus jika aku dapat luahkan semua yang aku ingin tahu dan memang aku nak luah yang aku memang cemburu...aku memang merajuk, memang terasa hati, memang sedeyh, memang ingin tahu macam2....Tapi aku ego sebab aku nak cakap aku mental fit aku tak rasa semua itu...alangkah bagusnya kalau aku boleh cakap aku nak mintak maaf sebab tidak memberi ruang untuk beliau dan ingin aku mintak maaf yang aku telah buat beliau hidup di dalam dunia aku...Aku sudah sedar dan aku ingin berubah....Cik Teh O, i just want you to know that i love what you are, i love what you are not, and i love what you will become...SO, janganlah diam membisu sebab terus terang dari lubuk hati aku melihat kau gembira tertawa di samping rakan-rakan dan diam seribu bahasa bila bersama aku amatlah pedih untuk aku lalui...Tapi aku tetap kuatkan semangat aku untuk senyum sebab aku nak tengok senyuman kau...Cik Teh O, salah aku smua perkara ini terjadi dan aku telah jadi takut untuk berhadapan dengan kau...aku takut nak berhadapan dengan perkara-perkara begini sebab aku sudah tidak tahu untuk menyelesaikan masalah...Alangkah bagus aku dapat mengatasi rasa takut aku ini, tapi aku tidak mampu nak buat sorang-sorang....(hati kecil seorang lelaki yang ego)

Monday, October 18, 2010

Gelang Besi...

Aku selalu pakai gelang besi atau bracelet yang au beli dahulu...
Memang susa nak tengok aku tanggal...
Aku pakai sentiasa da tidak pernah tanggal...
Sekarang aku sudah mula tanggal gelang tu dari tangan aku...
Aku rasa tak selesa kadang-kadang pakai gelang tu...
Tapi aku masih nak simpan...
Sebab gelang lain tkda pun yang aku suka...
Cuma, sampai biler ek aku nak simpan???

Kalu aku dah tk selesa pakai???

Saturday, October 9, 2010

PERLU KE SAMPAI MACAM TU???

Dalam dunia ni kita tidak sedar yang kita sentiasa mahukan kesempurnaan dan tiada antara kita yang fikir bahawa kesempurnaan itu tidak wujud dalam bumi realiti...Aku sering tertanya-tanya kenapa kadang kala kita tidak pernah lakukan sesuatu yang menyenangkan semua pihak dan aku inginkan semua perkara berjalan lancar sehingga aku sedar itu semua tidak nyata...Kita sering mahukan orang menjaga hati kita tetapi kenapa kita tidak membuat begitu kepada orang lain...Kita selau abaikan orang dihadapan kita dan cuba memikirkan dan mendapatkan orang yang jauh dari kita, KENAPA???Susahkah untuk menghargai sesuatu selagi ia masih ada???Mengapa kita sering mementingkan diri kita???Kenapa kita susah untuk sedar jalan terbaik untuk mebuatkan diri sendiri terjaga adalah dengan menjaga hati sendiri...Aku tersedar dan aku tidak mengharapkan orang lain untuk menjaga hati aku dan aku tidak perlukan orang lain untuk membuat aku tersenyum...Aku memilih untuk tidak percaya kisah bahagia dan tenang kerana dunia ini penuh dengan dusta...Hanya dalam kisah dongeng manusia boleh jadi BADANG dan hanya dalam kisah dongeng manusisa mampu hidup bahagia ibarat 'CINDERELLA'...Kita mahukan sesuatu tetapi kenapa kita susah untuk memberi???Bukan soal keadilan yang hendak dibicarakan tetapi soal sikap kita yang tidak pernak kisah dan tidak ambil tahu...Sering kali kita asyik kata 'MALASLA NAK PIKIR', 'SERABUTLA KEPALA NAK PIKIR' dan itu;ah yang telah menjadi kebiasaan kepada kita...Aku tersedar dari lakonan aku yang kita tidak perlu berpura-pura untuk menjadi orang lain hanya untuk menyenangkan orang di sekililing kita???Susah untuk kita berfikir tentang orang lain bila hanya melayan perasaan dan emosi...Aku pernah terfikir yang mengapa aku perlu aku kisah tentang orang lain???Hanya kerana aku sayang mereka, ambil berat, nak menyibuk atau saje2???Janganlah kita lafazkan sesuatu tentang emosi kalau kita sendiri tidak mampu mengawal emosi dan perasaan kita...Mengapa kita tidak pernah berfikir tentang orang yang sayang dan risaukan kita???Mengapa kita sering membuat orang lain tertanya-tanya???Mengapa perlu kita menyeksa orang lain secara tidak langsung atau tanpa menyedarinya???Susah sangatkah untuk kita melafazkan 'MINTAK MAAF' kalau kita perlu masa bersendirian kalau kita terasa diganggu dengan kehadiran orang lain???Perlukah kita bersikap dingin dengan oran lain dan membiarkan mereka merasa bersalah dan tertanya-tanya kesalah yang mereka lakukan tanpa mereka sedari???Perlukah kita memarahi orang lain hanya kerana kita suka perkara yang dilakukan olehnya walaupun perkara itu tidak mendatangkan masalah???PErlukah kita membiarkan oranbg lain memkirkan siapakah diri mereka sehingga dilayan begitu???Mengapakah kita tidak cuba untuk MEMINTA orang lain pergi kalau kita tidak senang dengan kehadiran mereka???Mengapa kita tidak MEMINTA orang lain berhenti perkara yang mereka lakukan jikalau kita terasa terganggu???Mengapa perlu kita memarahi orang lain yang cuba membantu kita???Mengapa kita mahukan orang lain melakukan segalanya untuk kita sedangkan kita tidak mebuat perkara yang sama???Perlukah kita mengabaikan orang lain???Perlukah kita mengabaikan perassan orang lain???Perlukah kita mengabaikan hati orang lain???Perlukah kita biarkan orang lain merasa kesakitan seperti hati mereka ditikam pisau??? PERLUKAH AKU MEMIKIRKAN SEMUA INI DAN PERLUKAH AKU MEMIKIRKAN TETANG ORANG LAIN LAGI???

Sunday, October 3, 2010

Truth that hurts...

Everything happened for a reason right???itulah kata-kata yang sering aku dengar dari mulut orang-orang di sekelilingku... aku faham dan mengerti akan semua itu, dan aku tidak pernah 
mempersoalkannya...tetapi mengapa dikala aku sedang bahagia dan tenang, di waktu 
itulah ribut datang melanda...walaupun aku sentiasa yakin dengan semua perkara yang aku inginkan tetapi itu semua hanya untuk menyedapkan hati aku yang gundah gulana...aku tidak mempercayai perkara yang kekal kerana setiap yang hidup akan mati dan yang bersama akan berpisah...aku mengerti semua itu tetapi mengapa peristiwa yang silam sering menghantui aku...aku menjadi sukar untuk mempercayai "love" kerana aku
tahu perkataan itu bakal menjatuhkan aku dan aku sentiasa bersedia untuk disakiti sekali lagi...
aku amat terkilan dan sedih apabila aku mendapat tahu perkara yang sebenar setelah 3 tahun aku 
mempercayai sesuatu yang palsu...aku hampir hilang nyawaku untuk angkara seseorang yang
pernah bertakhta dalam hatiku tetapi kenapa aku masih dipersalahkan lagi???
adakah kerana aku terlampau menyayangi membuatkan aku lupa erti sakit???
aku tidak sanggup untuk sakit lagi dan aku suda letih...sekarang aku memilih untuk tidak percaya akan 
cinta yang selalu menjatuhkan aku...aku tidak perlu untuk dipujuk atau dielokkan oleh sesiapa kerana
aku sentiasa bersedia dengan kesakitan yang bakal aku hadapi...kepada cik teh o, maafkan aku kalau nukilan
ini mengguris hati dan perasaan cik teh o...hanya sayang saya tahu apa yang saya perlukan sekarang, saya berharap beliau tahu...

Wednesday, September 22, 2010

RAYa.....


Hahahaha...Penat, lelah, dan letih tidak dapat dibandingkan dengan kegembiraan untuk berkumpul ramai-ramai bersama keluarga tercinta...Walaupun penat aku bersama-bersama ahli keluarga yang lain dalam menyiapkan satay, lemang serta juadah yang lain untuk Hari Raya Aidilfitri tetapi kegembiraan yang terpampar di wajah setiap ahli keluargaku menghilangkan kelesuan serta penat lelah di badan...Aku dapat lihat wajah datuk dan nenekku yang tersenyum melihat cucu-cucu mereka bermain serta bergelak ketawa sesama sendiri...Walaupun tidak selalu meluangkan masa bersama, keakraban yang ditunjukkan melalui kerjasama antara kami sekeluarga telah berjaya membuktikan pepatah melayu bahawa "air dicincang tidak akan putus" adalah benar...Disaat aku melihat adik-adik, abang-abang, serta kakak-kakakku bersama-sama berkumpul aku dapat merasakan keindahan di pagi aidilfitri...Aku bersama abang, pak su, pakteh serta adik saudaraku yang nakal berhempas-pulas untuk memasang khemah walaupun kami tidak mahir...Semalaman kami berusaha untuk memasang khemah dan menyusun meja serta kerusi untuk menyambut Syawal di keesokan harinya...Setelah siap memasang khemah dan menyiapkan meja dan kerusi kami duduk bersama untuk menikmati secawan kopi dan kuih-muih yang dijamu oleh maksuku yang sedang sarat berbadan dua...Aku yang sangat penat tidak sedar telah melelapkan mata di atas kerusi malas dipayungi oleh kemah yang baru kami pasang...hahahaha, memang lucu melihat kembali gelagat diri kami sekeluarga sepanjang aidilfitri ini...Aku amat gembira dan aku selalu terfikir untuk beraya di rumah Cik Teh O' tetapi ada saja perkara yang menghalang...Aku nak ajak beliau ke rumahku memanglah mustahil...Biasalah, aku belum bersedia dengan soalan-soalan dari Bonda...hahah, terlampau banyak perkara dan saat-indah di pagi 1 Syawal kalau nak ditulis nih...Aku masih ingat di pagi 1 Syawal aku bangun dengan awal untuk bersiap dan bersiap sedia untuk memohon maaf daripada sanak saudara...Amat susah untuk aku berhadapan Ayahandaku untuk memohon maaf dari beliau...Aku merasakan diriku terlampau banyak salah terhadap beliau, sebak aku menahan sedih ketika memohon maaf dari beliau...Tetapi aku lega dan gembira setelah berjaya berhadapan dengan beliau dan memohon ampun maf daripada beliau, iaitu Ayahandaku yang ku kasihi selalu...Di waktu petang setelah semua tetamu sudah pulang dan kami sekeluarga sedang berehat untuk menghilangkan penat di badan, Pak suku menayangkan kesemua video dan gambar yang ditangkap dan dirakam secara sembunyi...Gelagat dan tingkah laku kami semua amatlah mencuit hati dan membuat kami sekeluarga tersenyum dan ketawa besar...Alangkah bahagia jika suasana Aidilfitri ini kekal berpanjangan...












































Saturday, September 11, 2010

ADUYAAAIIII.....

Ter"SURPRISE" tu je la perkataan yang aku boleh fikirkan...hahaha, lucu dan lawak juga kalau aku fikirkan balik peristiwa yang berlaku pada Hari Raya kedua nih...Malam di 1 Syawal aku dengan yakin memberitahu Cik Teh O' dengan perassan yang begitu teruja untuk beraya di kampung beliau tetapi beliau hanya ketawa dan berkata "datang je la kanda"...Aku dengan perasaan yang gembira terus menggosok baju melayu hitamku serta sampin merahku...Dengan menyanyikan lagu "senangnya dalam hati dapat pergi beraya" sambil aku menggosok baju melayu...Bonda yang hairan dan pelik terus berkata "ape ke hey nye kamu nih, tersengih-sengih"...Aku pun siapkan semua yang patut untuk dipakai beraya, serta songkok yang tidak pernah aku pakai...Aku terus roger membe-membeku dan mereka pun setuju untuk turut bersama aku...Aku tidur dengan penuh gembira, hehehe...Esoknya, aku bangun awal pagi untuk menolong Bonda menyiapkan rumah serta menyiapkan kesemua perkara sebelum bertolak...Tepat jam 10 pagi membe-membe aku sampai(padahal 2 orang je) di depan pintu rumah...Aku keluar dengan yakin dan terus masuk kereta...Mereka yang pelik tanya aku "ko demam ke, sejak biler ko bersongkok?" dan aku jawab "saja nak wat surprise kat Cik Teh O'"...(dorang pelik, sape plak Cik Teh O' nih?)...Kami pun pergi menuju ke Tg. Malim dengan perasaan gembira dapat makan banyak2...Hahahaha, begitulah kami yang kuat makan...Dalam perjalanan kami ke tempat dituju, tiba-tiba plak kene berenti...Kami pun panik kenapa lain macam kereta nih...Kami keluar kereta dan tengok keadaan kereta...Rupa-rupanya tayar pancit la plak...Aduyai, aku pun terus lipat tngan baju melayu dan ambil tayar spare. Kami terus tukar tayar kereta yang mengambil masa dalam 30jam...Aku pun tengok jam yang menunjukkan tepat jam 12.30...Aku dengan rilek memecut untuk sampai awal ke destinasi kami...Sedang leka memecut kereta kami sekali lagi membuat hal dengan berhenti secara tibe-tibe...Membeku sudah tepuk kepala, aku pun tengok kereta dan terus tepuk kepala membeku yang sengal dan luper isi minyak...Kami pun gigih menolak kereta ke stesen minyak yang terletak 100 meter dari tempat kejadian...Sesudah sampai ke stesen minyak kami penuhkan tangki GALLARDO kami dan terus memecut dengan laju(kancil je pun)...Tepat jam 4.30 kalau tidak silap aku la, kami pun sampai ke Metropolitan Tg. Malim...hehehehe, tibe-tibe aku dapat rasa aura segan dah datang...Matila, nak jumpa family CIK TEH O' nih...Tapi, aku tetap maintain cool je...Kami pun terus cari UPSI untuk senang aku suruh beliau ambil kami nanti...Setelah sampai ke UPSI aku pun terus menelefon Cik Teh O' dengan harapn nak wat surprise bahawa aku sudah sampai kampung halaman beliau...Aku mula tidak sedap hati, dan terus menelefon lagi...Sebanyak yang mungkin dan menghantar sms bahawa aku sudah sampai...alngkah memeranjatkan apabila kesemua panggilan aku tidak dijawab...Setelah menunggu sampai pukul 5.30 aku dengan penuh mengharap beliau akan menelefon aku balik tiada...Aku dengan hampa dan kecewanya mengajak membe-membeku pulang ke kampung halaman sambil menanggalkan songkok yang aku pakai...Sambil memandu kereta aku pun menghantar satu sms kepada beliau yang aku sudah pulang...Setelah letih memandu aku pun berhenti ke Simpang Pulai dan pergi ke sebuah restoran yang aku nampaksungguh eksklusif...Kami berhenti dan memesan makanan kerana lapar...Membe-membeku yang prihatin nih melihat aku diam tidak bersuara menepuk bahu dan berkata "rilek la, nak wat camne dye tak angkat fon" dan aku pun terus memesan nasi goreng pattaya, mee hailam, kerang bakar 3 bakul dan 1 jag jus tembikai campur lobak dan soya...Membe-membeku terkejut melihat aku memesan makanan terus ternganga, dan aku pun cakap "korang pesan je ape-ape aku belanje, takla penat kiter berjalan jauh-jauh...aku mintk maapla yerr, aku ingat dye angkat fon..tkpe kowang makan je ape2"...Mereka yang tengah kelaparan nih terus memesan macam2 dan aku plak terkejut...Kami menghabiskan masa di restoran tu sampai la satu panggilan masuk ke telefon aku...Aku pun menjawab panggilan tersebut dan terdiam apabila terdengar suara beliau...Beliau amat marah sebab semalam aku cakap dengan nada yang tidak serius untuk beraya di kampung beliau...Dan aku dapat rasa beliau terkilan sebab tidak dapat jumper aku, aku pula terlupa untuk telefon adik beliau...ISSSHHH3, sengal juga aku nih kadang2...HARRRR3~, itu sahaja aku mampu cakap...Selepas habis berbual aku baru ingat bahawa Cik Gaga pun berada di Tg. Malim...Macam maner la aku boleh terluper...Biala, dah lepas dah pun...Selepas selesai kami menhabiskan makan kami, kami pun menuju ke kaunter pembayaran...Aku pun terus senyum kepada saudari manis yang menjaga kaunter tersebut...Saudari tue hanya senyum dan memandang aku, aku pun tanyala kepada saudari iteeewww "Tak beraya ke"...Saudari iteewww diam je dan senyum, aku pun pelik...Kenapa dye nih???Pelik sangat ke pakaian aku...Aku dengan yakin senyum dalam gaya yang paling cool dan tiba-tiba saudari iteww bersuara..."Petang nanti la beraya"...Aku pun cuba la untuk bermulut manis dan secara tiba-tiba seorang lelaki berbadan seperti SAZALI SAMAD menepuk bahu aku...Lelaki itewww terus tanya "ko nak ngorat anak aku nih ade ke 20 ribu nak masuk minang?"...Aku pun terus diam dalam keadaan yang terkejut...Aku pun tengokla bil dan alangkah terperanjat bil itu menunjukkan harga RM145.70...Aku tengok dompet ade 100 je, aku terus panggil membe-membeku untuk tong-tong skit...Selepas aku bayar aku terus beredar dan tiba-tiba plak lelaki itewww bersuara "makan pun tak lalu nak bayar, ade hati nak ngorat anak aku"...Au pun terus masuk kereta dan memecut dengan laju sambil diketawakan oleh membe-membeku...Aku terus tepuk kepala mereka, dan terus menuju ke rumahku...Setelah sampai ke rumah, dengan penuh senyuman aku lontar ke Bonda dan masuk ke bilik...Bonda pun bersuara "sronok la tue, beraya rumah gepren"...Aku hanya senyum dan menukar pakaian dan terus baring di atas katil...Aku tertawa seorang diri memikirkan yang aku ini sangat-sangat clumsy...Walaupun aku nampak garang pada luaran baru aku sedar bahawa aku memang sukar untuk bersikap serius dan amat suka bergurau senda...

Monday, September 6, 2010

Ampun Maaf...

Setahun yang lepas aku sangat-sangat pendiam...Aku tak suka berbual-bual kosong dan membuat bising...Aku masih ingat tentang bagaimana hidup aku ini diuji oleh satu perkara yang aku tidak pernah bayangkan akan terjadi...Aku dulu sangat bengis...Mungkin sebab perwatakan aku yang suka mendiamkan diri...Balik pada cerita td, tentang perkara yang pernah terjadi dalam hidup aku...Apabila manusia meminta maaf dengan aku dan mengharapkan keampunan aku dulu atas kesalahan beliau aku sering endahkan...Aku tidak pernah dengar penjelasan dan kata-kata beliau...Aku tidak boleh menerima hakikat bahawa beliau menipu aku...Aku membiarkan hidup aku tersksa hanya untuk beliau...Aku tidak suka beliau walaupun dalam masa yang sama aku masih bersimpati dengan insan tersebut...Beliau pernah cakap kat aku "aku tak rase bahagia dan aku sakit hati biler tgok ko bahagia, kenapa la ko kejam sangat??"...Aku memang kejam dan aku kejam sebab sikap beliau yang tidak pernah menghormati aku dan tidak pernah bersyukur...Aku tidak faham kenapa aku sering dituduh perkara-perkara yang aku tidak pernah lakukan...Aku benci beliau kerana mempermainkan keikhlasan aku terhadap beliau, memang aku benci beliau...Aku tidak mahu jumpa atau dengar suara beliau...Aku tidak mahu dengar nama beliau sekalipun...Aku terima nama aku diburukkan oleh beliau...Terima kasih kepada beliau kerana menyedarkan aku...Teatapi...


Itu semua dahulu, sekarang aku sudahpun memaafkan beliau...Aku tumpang gembira atas kegembiraan beliau sekarang...Sepanjang hidup aku, aku tidak boleh melupakan segala yang terjadi kepada aku...Aku masih tidak tahu cara untuk melupakan perkara-perkara yang telah terjadi...Disini aku menyusun sepuluh jari untuk memohon maaf diatas segala kesilapan yang telah aku lakukan...Aku juga memohon agar semua yang mengenali diri aku untuk menghalalkan segala makan dan minum aku...Sekarang aku sedar bahawa tidak patut ada rasa dendam dan ketidak puasan hati...Sudah tiba masanya untuk aku menjadi diri aku, walaupun tidak disenangi oleh orang-orang disekeliling aku...


Sunday, September 5, 2010

aku takut..

aku bukan pelupa...aku bersyukur kadang2 aku bukan begitu dan itu yang membuatkan aku terdiam...kadang2 aku selalu tidak sedar akan apa yang aku lakukan dan aku benci untuk menyedari sesuatu apabila ia sudah berlaku...aku terlalu mencuba untuk mengelak diri dari melakukan kesilapan tetapi aku sendiri yang telah menyebabkan jiwa aku tersentap...aku terdiam untuk melupakan segala yang berlaku tetapi kenapa perkara yang aku tidak mahu ingat akan berlegar-legar di minda aku ini...aku amat menyesal dan secara tidak langsungnya aku amat takut...aku menjadi ketakutan apabila perkara yang aku ingin lupakan bermain di kepala aku...alangkah bagus kalau aku dapat undur masa, ingin aku ubah perkara-perkara tersebut...aku benci untuk merasa takut, sebab aku tidak mahu takut untuk mendekati kau....

Saturday, August 28, 2010

Letih la...


Kadang2 aku terpikir kenape la orang suke berdendam???biler pikir balik memang la bengang kalau orang wat salah kt kiter kann???tp kenape nak kene ungkit sampai berulang-ulang kali???sempurna sangat ke diri kiter nih???luper plak manusia memang suker menunding jari terhadap orang lain...air mata dan kata-kata maaf memang boleh lembutkan hati manusia tp adakah ia akan menjadi stiap masa???bagi aku bagi manusia yang bukan lagi mumaiyiz patunyer sudah taw nak membezakan yang baik dan buruk...jadi tk perlu la kiter menegur ag pihak2 yang sering membuat salah tanpa sedar...so, skank aku dah rase sangat letih dan teramat penat bila teguran aku tak diperlukan...yela, aku bukannyer sempurna untuk menegur kesalahan orang lain...jadi aku skank lebih suka senyap dan memerhati orang disekeliling....


Monday, August 23, 2010

Kawan Baik...

aku baru sedar kawan baik aku selama ini adalah diri aku sendiri...
aku lebih memahami diri aku...
aku lebih mengenali diri aku...
aku tahu bila diri aku ada masalah...
aku tahu diri aku hanya aku...
aku tak mampu untuk menjadi orang lain...
aku hanya aku...
aku tak perlu simpati korang...
aku memang hipokrit...
sebab aku nak jaga hati korang...
aku memang jahat...
sebab aku menipu...
aku memang kejam...
sebab aku tak berterus terang...
aku memang bising...

sebab kalau aku senyap korang tak suke...
aku memang semua tu....
aku hanya aku...
aku jadi camtu sebab nak tegok senyuman korang...
tapi pernah korang hargai dan sedar???

Dunia..

manusia sering cari kesalahan orang lain...kenapa ek???sempurna sangat ke kita???kenapa susah sangat nak nampak kebaikan yang orang lain buat???sedangkan kesilapan orang lain sungguh senang nak nampak???aku pun macam tu gak...aku baru sedar sesuatu...aku selalu la dengar omong kosong, "mental kene kuat"...tp semua tu tak leh pakai...cakap boleh la, baru kene drop skit dah nak terase...pe nih???kate membe...tak rock la...kene drop pun nak terase pe cerita???aku sering terfikir dalam dunia nih ade ke manusia yang betul-betul boleh memahami diri kita sendiri???tak ade kan...susah untuk terima kalu hanya diri kita yang perlu memahami orang di sekililing kita kann...itulah hidup, sentiasa tidak adil angkara manusia....

Friday, August 13, 2010

CeriTe GilEr..

HUrm...Aku ingat ag dengan satu kejadian ketika aku lambat nak kelua dari umah..."Releks la esok mg confem aku bangun awal,ko datang je mesti aku ade...Pastu kiter gerak terus"...confident je aku an???tu la perangai aku...aku dan kawan2 ranang nk wat roadtrip la konon, sebenar balik kampung je...aku terjaga dari tidur pastu lepak2 n pusing2 satu umah...aku ase pelik gak nape la cam len macam je...aku tgok jam baru kul 9.30...tgok barang2 ok???tgok fon de 89 miskol, men giler...barula aku sedar aku dah lambat...pergh...giler dowh...membe2 aku dah marah macam2...dowank tunggu dari pas subuh katernyer...giler an???aku bergegas la nak siap2...aku pun terus gi bilik air nak mandi...tgah kelam kabut aku rase cam pelik la aku mandi kali nih...tgok2 aku pakai colgate wat cuci muke n loreal wat ubat gigi...tak berasap muker aku...
ARRRRRRGGGHHHHHHHH............
mengilisat aku cari towel...pastu terus la pakai2 baju....aku cepat turun bawah, sumer gelak kat aku...rupenyer aku dah siap ngn baju ngn boxer je...tk segan plak aku an???giler la...aku pun terus la cepat pg kat kete nak cepat la katernyer...aku terus memecut....menggelabahb tenat gak la aku...dalam cepat2 aku pun singgah kedai Mak Jah belakang umah Pak Usop tepi kedai Mak Usu yg depan kedai sup Gearbox yg lori garam tumpah dalam kuali tu...Giler la aku pun dritf la....



 
EEEEEEEEEEETTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTT......
pergh cam Brian O Connor la plak....
then brenti ngn sumer tercengang tgok aku, pehal la kedai nih????"aku ngn selamba cakap Mak Jah Milo Ais kasi banjir satu bungkus ngn kuih kasi lambak dalam plastik satu...cepat ek kucing nk beranak dah tu"...Mak Jah pun bg kat aku sumer sambil berkata...."Sapo Mak Jah dek???Acik nih Mak Limah la...Mak Jah dah balik Bangalore 20 tahun lepas la"...pergghhh...owh silap ghupernyerrrrr....aku pun cepat g membe2 aku dan setibernyer kat sane...sumer dah kumpul...aku plak ngn "Milo Kasi Banjir" di tgn dan "Kusi Lambak dalam Plastik" di jamah wat muker tk bersalah kua keter....n pegi la kt membe2 aku yg tgh tunggu kt pekeliling untuk terus gerak ke IPOH...sekor2 wat muker pelik dan diam...pelik gak aku...selalu kene "cilanat","lahabau","lahanat",dan sewaktu dengannyer la...tp nape sumer wat muker arnab tk mandi petang je????hurmmmm...pehal nih...punyer la aku dengan kepelikan di kepala...tibe2..








"Abang nape tk puasa, berdosa taw"...aku dah sentap cam dah kene baling pisau kat tepi jantung...ha???tk puasa???aku tgok budak tu, tk kenal pum...anak sorang akak yg tgh tunggu kat situ...baru la aku ingt hari ni 1 Ramadhan la...

Wednesday, August 4, 2010

cemburu...

rindu pada mereka...bahgia, gelak ketawa, keriangan ketika bersama cuma tinggal kenagan...aku sayang mereka dan tak akan lupakan mereka...tp kenapa aku terasa kelainan dalam perhubungan kami...air dicincang takkan putus...aku tawu...aku risau dan takut aku dan mereka takkan lagi seperti dulu...terasa dan sentap hati aku, bila melihat kemesraan dan kegembiraan terpancar di wajah kawan2 bersama orang tersayang...
walau jauh tp tetap bahagia tika bersama...adakah aku tamak untuk mencapai kebahagian seperti itu???aku sedih dan cemburu melihat rakan2 bahgia disamping insan tercinta mereka...aku mahukan kegembiraan dan kemesraan seperti mereka...

Tuesday, August 3, 2010

happiness...

BAHAGIA???YES....MEMANG HAPPY DISAMPING SI 'DIA'....AKU HAPPY DAN BAHAGIA TNPA JK2.....AM I CAN STILL MAKE HER HAPPY FOR NEXT 10 YEARS??DOES SHE STILL BELIEVE IN ME, IN THAT RANGE OF TIME...AM I CAPABLE???WHEN AM I GOING TO LET HER KNOW EVERYTHING...

Monday, August 2, 2010

Mimpi???

Sape kau???
Kenape kau kt sini???
hurmm....
kenape kau simpan gambar nih???
kenape kau diam???
sape kau???
"Kau tanak simpan lebih baik aku yg simpan..."...
ha????
ha???
aku tersedar dari mimpi...dan aku tertnyer2 sape 'dye' dalam mimpi aku???dan kenape dye simpan gambar tu???
kenape dye cakap aku tanak simpan???
maksud lebih baik dye simpan???
why???
what are the meaning of all these???

Saturday, July 31, 2010

Frame Kosong.

Hello..dah lame aku tk menulis kt sini...kosong tk tawu aper nak tulis...hurmmm...td waktu aku tgh kemas meje...aku terpikir, kenape meje aku kekurangan sesuatu...sesuatu yg aku selalu letak...aku terdiam gak la...pikir punyer pikir baru la aku sedar yg meje aku dah lame tkde bingkai gambar???hurmm...ader memang ader tp nape kosong an???aku tkde la rase pelik sebelum nih...tp skank cm pelik biler tgok tkde paper kt bingkai tu...dah sampai ke mase untuk aku isi bingkai gambar nih???

Tuesday, May 25, 2010

Im Not Sure...

1- what i want???
2- am i reliable???
3- can i be trusted???
4- do people like me???
5- does anybody need me???
6- should i fall in love???
7- can i make anybody happy???
8- who am i???
9- what am i gonna do???
10- maybe it's time....

Sunday, April 25, 2010

ExAM...

Minggu exam dah nak abes dah....
sumer hampir selesai...
dapat ku rase aura untuk memikirkan rumah itu sangat kuat...
sepanjang aku lihat sumer orang di sekeliling aku termasuk aku...
masa untuk study tidak penah cukup..
walaupun jarak antara paper itu lame atau kejap...
tetap tidak akan cukup...
masa yg berharge berlalu camtu je...
alangkah membazir melihat masa berlalu camtu je...
aku sngat letih sekarang dan sangat2 merindui rumahku serta keluarga aku...
eXAm...
this just another step for me....
and i am going to survive...
i will...

Thursday, February 4, 2010

SECRETS..

Secrets...
it is something that we have to hide from others...
it is something that is very important in our life....
everybody have their own secrets...
i have mine too...
it is something that is compulsory in our life...
for me it is something that i have to hide...
people will not believe us if they know our secrets rite???
if u have something terrible or something bad just keep it for yourself...
it is for your own sake...

Tuesday, February 2, 2010

SORRy...the hardest word???

Sorry is the word that hardly being heard...
why???
is too hard to say 'im sorry'???
im kind of feeling strange that people that are not closed to us are easily to ask for apology...
but why people that closed to us are sooo hard to ask for apology...
it is easy to say im sorry...
it is not hard...
but why the word sorry is still hard being heard from people around us???
is it a burden to forgive and ask for apology...
try to ask ourselves what is the meaning of the word sorry in your life???

Sunday, January 31, 2010

F.R.I.E.N.D.S

Friends...
what does it means to you??? 
there are many different meanings for each person..
many theory have come through this issue...



there are many terms of friends in this world...
do you have closed friends????
or true friends???
or best friends???
or u just assumed all of your friends just friend???
is it hard to make friends???
take a look at the picture..
and try to figure out how different kind of background and also species can get along and become best friends????
why cant we become like that???

Monday, January 25, 2010

AKu HAnya AKu

-Trust???

-kepercayan..

-nilai itu datangnye dari hati dan tidak boleh dibuat2..

-kenape kite susah untuk mempercayakan orang???

-hanye kerane satu sebab...

-kite tidak mahu hati kite terluke pade mase yang akan datang...

-aku tidak mintak diri aku untuk dipercayai..

-aku tidak mintak diri aku untuk dilayan dengan baik...

-aku tidak suke akan kejutan...

-aku tidak suke diberi kepercayaan dan ianye dirampas dari hidup aku...

-tolong jgn percaye aku jika aku tidak mampu dipercaye..

-semakin hari aku semakin takut..

-aku takut dan risau rakan2 ku akan renggang dari aku..

-aku mungkin tidak sedar telah melakukan kesalahan...

-aku hanya aku..

-aku hanya menjadi diri aku..

-jikalau diri aku tidak dapat diterima oleh korang..

-jgn terima aku..

-aku dah letih...

-aku letih dengan tanggapan orang terhadap aku...

-bukaklah minda...

-bukak sikit fikiran..

-aku tidak suke menjadi diri orang lain..

-memang aku hipokrit...

-tapi itu sume untuk menjage hati orang disekililing aku...

-pernah aku fikir perasaan aku???

-pernah???

-tapi masih pertikaikan aku...

-ini hidup aku...

Wednesday, January 13, 2010

KejUtaN..


kejutan???sesuatu yang memeranjatkan????penah korang rasa tak???
kite sering kali dikejutkan daripada igauan indah dengn sesuatu yang merisaukan...
perkare yang tidak dijangka sering kali berlaku diluar dugaan kite...
masalh yang di luar kawalan kite selalu je dapat.....
kenape???
pernah tak korang fikir sebab pe???
penah???
kejutan itu mengajar kite untuk ape???
cubelah korang fikir sendiri sebab ape semua ini terjadi....

Tuesday, January 12, 2010

PHOToSHut..

hahaha..
ini merupakan kali pertame aku photoshoot..
aku agak terkejut apabile membe aku cakap aku adalah model...
aku tak percaye sebenarnye...
so, ari nak photoshut...
aku wat relax je la...
dye datang umah aku...
pastu dye cakap aku model...
aku pun wat relax je la...
dalam hati(bohongla)...
samapai kat tempat nak photoshut aku betul2 jadi model...
aku agak terharu la...
memang terharu giler...
bukan ape la...
sebelum nih mane penah owang percaye aku bley jadi model...
aku bukan de rupe pun...
tapi membe aku dah beri satu keyakinan yang baru kat aku...
thanks to my friend....
his name is SAID SAIFUL FAZLI

MEMBE....


hello all...
lame dah aku tak tulis kat blog nih...
bukannyer ape...
aku cume takde idea...
aku sering kali terfikir....
mengape kite perlu resah dengan masalah????
kawan???
pasangan???
yang mane satu lebih penting???
aku biarkan ia menjadi satu persoalan untuk korang sume...
aku memang seorang yang hipokrit...
aku perlu menjadi begitu...
itu merupakan satu kemestian...
aku perlu hipokrit...
mengape perlu kite kadang2 perlu pentingkan diri???
sesetengah dari kite mungkin berkate yang ia untuk menyenangkan hidup...
TAPI...
fikirlah...
sebenarnye...
apebile kite menyenangkan urusan orang lain...
urusan ite akan lebih senang...
aku ingin bercakap soal membe dan kawan...
memang kite senang untuk berkawan...
tetapi adakah kite senang untuk wat membe ngan semua orang????
itu adalah sukar...
sebab bukan semua yang sanggup berkorban untuk satu same lain...
korang fikirlah sekarang...
ape yang telah korang buat untuk membe korang????
dan fikirlah ape yang telah korang dapat dari pengalaman korang apabila berkawan ngn membe2 korang????
bile kite happy, membe kite happy tak???
bile kite de masalah, membe kite tawu tak???
so...
pikirlah pe sebenarnye membe itu membawa maksud kepade kite???