Tuesday, October 19, 2010
ALANGKAH BAGUS????
Dulu aku selalu terbiasa keseorangan dan sentiasa melarikan diri dari masalah...Aku selalu mengambil jalan mudah dalam beberapa perkara dan aku selalu abaikan perkara-perkara kecil...Aku jarang memikirkan hati dan perasaan orang lain...Aku selalu dibayangi dengan kisah-kisah silam aku dan aku sering jadi takut...aku terlalu berjaga-jaga samapi aku tidak sedar aku telah buat ramai yang tidak selesa...aku sering menidakkan perkara yang berlaku ke atas aku...Kini baru aku sedar yang aku telah banyak buat silap, aku terlalu menjadi orang lain dan bukan diri aku...Disebabkan aku sudah lama tidak keluar "dating" wat aku jadi pelik dan sedikit janggal untuk keluar bersama Cik Teh O...Aku sedar yang aku telah banyak menguji dan mendesak beliau dan kini aku dapat rasa sesuatu yang aku tidak jangka...Tersentak aku dan aku tidak dapat melelapkan mata memikirkan kata-kata sahabat baikku yang ku anggap sebagai abang aku sendiri...aku panggil dye Kak Long...Aku tersedar dan baru aku tahu perkara yang aku tidak ingin berlaku telah pun terjadi sebelum sempat aku betulkan suasana...Ketakutan aku bertambahdan aku semakin fobia...Aku dulu bukan macam ni, aku tidak pernah rasa susah untuk berhadapan dengan golongan HAWA...Sekarang aku tidak tahu nak buat apa-apa, aku tahu yang aku ini terlalu merisaukan perkara sampai ia menjadi tidak masuk akal...Alangkah baiknya jikalau aku boleh beritahu Cik Teh O yang aku takut sebab aku dah jadi janggal untuk berhadapan dengan buah hatiku itu...Sebab aku sebenarnya amat fobia dengan perkara-perkara yang lepas dan aku tidak tahu apa yang perlu aku lakukan...Kalaulah aku boleh bercakap dengan beliau ingin aku cakap yang aku sudah lama nak luahkan apa yang aku rasa...ingin aku tanya beliau bahawa aku memang nak tahu semua perkara tentang beliau...ingin aku tanya semua perkara yang berlaku walaupun di masa lepas, sekarang ataupun akan datang...aku sedar aku amat ego untuk berdiam diri dan bisu tanpa berkata apa-apa...walaupun aku tahu beliau sayangkan aku...aku ingin tahu semua perkara, aku cuma takut untuk bertanya...Aku terlalu memikirkan bahawa beliau tidak akan selesa dengan aku jikalau aku berbuat demikian...Alangkah bagus jika aku dapat luahkan semua yang aku ingin tahu dan memang aku nak luah yang aku memang cemburu...aku memang merajuk, memang terasa hati, memang sedeyh, memang ingin tahu macam2....Tapi aku ego sebab aku nak cakap aku mental fit aku tak rasa semua itu...alangkah bagusnya kalau aku boleh cakap aku nak mintak maaf sebab tidak memberi ruang untuk beliau dan ingin aku mintak maaf yang aku telah buat beliau hidup di dalam dunia aku...Aku sudah sedar dan aku ingin berubah....Cik Teh O, i just want you to know that i love what you are, i love what you are not, and i love what you will become...SO, janganlah diam membisu sebab terus terang dari lubuk hati aku melihat kau gembira tertawa di samping rakan-rakan dan diam seribu bahasa bila bersama aku amatlah pedih untuk aku lalui...Tapi aku tetap kuatkan semangat aku untuk senyum sebab aku nak tengok senyuman kau...Cik Teh O, salah aku smua perkara ini terjadi dan aku telah jadi takut untuk berhadapan dengan kau...aku takut nak berhadapan dengan perkara-perkara begini sebab aku sudah tidak tahu untuk menyelesaikan masalah...Alangkah bagus aku dapat mengatasi rasa takut aku ini, tapi aku tidak mampu nak buat sorang-sorang....(hati kecil seorang lelaki yang ego)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Footprint:
Post a Comment