Thursday, September 6, 2012

Teater Kawan-Kawan Yang Kita Suka


Teater kawan-kawan yang kita suka membawa situasi yang sering berlaku di kalangan kita semua disamping kawan-kawan...menonton teater yang membawa isu kepercayaan membuka minda kita untuk berfikir sejauh mana kepercayaan serta kesetiaan kita disamping kawan-kawan kita...jalan cerita yang menarik dan dibawa dengan pendekatan yang membuat para penonton seolah-olah terputus dari pementasan seperti mereka berada didalam dunia mereka sendiri...setiap pementasan sentiasa ada baik dan buruk begitu juga pementasan ini dimana watak Agus kurang memberi impak kepada penonton dan seperti kaku ketika berinteraksi bersama-sama pelakon lain...pelakon ini telah banyak menunjukkan peningkatan berbanding pementasan-pementasan yang lepas...dari sudut pandangan saya sendiri, saya merasakan situasi bersama kawan-kawan banyak menguji kesabaran dan kesetiaan didalam sesuatu situasi...Diantara kesetiaan dan kesabaran terdapat satu garis yang sangat halus bila disampaing kawan-kawan...dimana letaknya kesabaran, dimana letaknya kesetiaan, dimana letaknya cinta dan dimana letaknya kawan di dalam hidup kita...Persoalannya andai kata kain yang cantik terkoyak, masih bolehkah kecantikan kain itu dilihat dan bekas jahitan kain tersebut diabaikan???

Thursday, August 16, 2012

Tragedi Aidilfitri

Tragedi sudah tentu sesuatu yang buruk...Hari ini aku sepatutnya melangkah masuk ke dalam rumahku bertemu keluargaku dengan hati yang gembira tetapi semua itu tidak seperti yang aku bayangkan...Penceritaaannya bermula selepas aku bertemu dengan seorang rakan kongsi bisnes aku untuk memberi sedikit tunjuk ajar dalam menjalankan bisnes dengan lebih lancar...Aku gembira membantu insan lain untuk berjaya walaupun aku terpaksa melakukan sedikit pengorbanan...Selepas selesai menolong beiau aku bergegas untuk bertemu dengan Cik The O untuk berbuka puasa bersama-sama dengannya...Dalam perjalanan minyak kereta rakanku itu habis dan aku dan dia terpaksa berhadapan situasi menolak kereta, ulang-alik ke stesen minyak sampailah enjin kereta beliau dapat dihidupkan...Walaupun ketika itu sudah hampir waktu berbuka puasa dan aku sudah berjanji untuk meuangkan masa bersama-sama Cik Teh O tetapi aku tetap tolong rakanku untuk memulihkan kereta beliau...Selepas semua masalah dapat diselesaikan aku pun pergi berbuka puasa bersama-sama dengan Cik Teh O, kami bersembang dan aku gembira melihat senyuman yang terukir di wajah beliau yang sudah sekian lama menghilang...Aku sanggup untuk melewatkan masa balik ke kampung untuk menghabiskan masa aku bersama-sama beliau...Selepas berbuka aku sempat membantu rakan kongsi bisnes aku di sarawak secara "online", walaupun tidak bersua muka namun tanggungjawab sebagai rakan kongsi tetap dapat dijalankan...Selepas selesai semua perkara yang aku perlu selsaikan aku pun pergi ke stesen Puduraya untuk menaiki bas balik ke kampung halamnku di Ipoh...Perasaan kosong serta tidak senang dapat aku rasa seperti ada perkara yang ti dak baik akan berlaku, aku cuba untuk balik pada esok hari tetapi aku batalkan niatu kerana rindu akan keluarga di rumah...Dalam perjalanan aku ke rumah, bas yang aku naiki berhenti sebentar di RNR Tanjung Malim, aku keluar sebentar untuk membeli air...Disinilah bermula satu ujian yang sangat besar bagi aku...Aku keluar saja dari kedai, aku nampak bas aku dah bertolak...Aku panik dan gelabah, tanpa memikirkan apa-apa aku kejar bas aku sampai masuk ke highway sambil menepuk, menjerit, menedang dan macam-macam lagi pada bas tersebut tetapi aku ditinggalkan oleh bas...Segala barang, dompet, ipad, dokumen dan macam-macam lagi smuanya di dalam bas...Aku buntu dan terus menahan setiap kenderaan yang lalu di situ, kereta, motor, lori, semua aku tahan tetapi tiada yang mahu menumpangkan aku kerana alasan yang mereka takut aku ini adalah seorang penjahat, perompak atau penyangak...Sampailah aku bertemu dengan seorang saudara yang memandu van yang sarat dengan barang yang kebanyakannya seperti patung dan baju raya...Aku merayu pada saudara tersebut untuk tumpangkan aku...Tanpa berfikir panjang aku menaiki van beliau tanpa memikirkan perkara yang negatif...Aku yakin saudara tersebut ingin menolong aku dengan ikhlas...Samapi sahaja di simpang keluar dari lebuhraya Simpang Pulai, saudara tersebut terpaksa menurunkan aku kerana beliau boleh menumpangkan aku disitu sahaja...Aku pun berjalan kaki sampailah ke tol, sampai sahaja di tol aku bertanya kepada seorang pak cik macamana untuk mendapatkan teksi tetapi aku pula yang kena marah sebab kata aku ini seorang yang menyusahkan orang sampai kena tinggal bas...Aku pelik aku kena tinggal bas, pak cik tu cuma pengawal keselamatan kat tol tu...TApi, kenapa beliau nak marah aku...Aku pun dah tak tahu apa yang harus aku lakukan untuk sampai ke rumah dengan memikirkan barang-barang aku lagi yang masih di atas bas..Sepanjang perjalanan aku aku SMS dengan Cik Teh O, menceritakan segala yang terjadi...Aku bersyukur yang beliau sanggup teman aku walaupun sedah lewat malam...DAlam perjalanan aku kene rompak, kene "PAU"...HAbis duit aku semua kena rompak, aku bagi je semua sebab mereka bersenjatakan pisau...Walaupun tidak besar tetapi kalau aku kena tikam memang parah...Aku yang letih terpaksa berjalan selepas di pukul oleh perompak tersebut cuba untuk menghubungi Cik Teh O untuk minta bantuan telefon keluargaku kerana kredit telefon aku hanya boleh untuk menelefon beliau dan sms beliau...Berkali aku cuba untuk telefon beliau tetapi tidak berjaya sehinggalah aku sms yang aku ada hal...Selepas itu beliau balas, dan aku terus telefon beliau untuk menceritakan apa yang terjadi dan ingin meinta bantuan beliau...TEtapi aku bertanya dahulu kenapa beliau tidak angkat telefon dan jawapan beliau membutakan aku tersentak sebab beliau malas nak dengar!!!!!Aku terus letak telefon dan hantar sms yang berbaur "SARCASTIC"..."Its ok tkyah wsaw,tkda masalah ape pun...btl, we dun hve 2 knw everything bout each other.."dan ada lagi sambungan untuk sms tersebut...Memang kita sebagai manusia tidak perlu tahu apa-apa tentang sesiapa mahupun insan yang kita sayang walaupun beliau mati, sakit, terkena bencana, kecelakaan ataupun musibah sebab bila kita tidak mengetahui apa-apa kita akan lebih GEMBIRA dan bahagia...


Melalui pengalaman saya diatas yang terjadi pada awal pagi 17 OGOS 2012 ini, telah memberi pengajaran apda saya untuk berdiam diri, dan tidak perlu memberi janji atau berkata apa-apa dan kita hanya perlu tunjuk sahaja...Dengan perlakuan dan tingkah laku baru kita akan tahu isi hati seseorang terhadap kita, dan aku sedar kali ini yang aku bukan dari kalangan yang baik dan aku bersyukur pada ILAHI kerana meberi aku satu ujian yang besar ini yang telah memberi aku satu erti kehidupan yang sebanar dan membuatkan aku tahu YANG AKU TIDAK PERLU DAN TIDAK AKAN BERHARAP PADA SESIAPA KERANA APABILA AKU SUSAH DISITU CUMA ADA DIRI AKU DAN AKU TIDAK NAMPAK DI MANA KAU BERADA...

Tuesday, August 14, 2012

Mutiara yang kian pudar...

Hari ini aku sedar bahwa diri aku bukan seorang yang kebal...terluka, terhiris, terkoyak, rabak dan terjatuh tidak pernah melemahkan aku...aku perlukan kekuatan serta tenaga yang kuat untuk mengharungi liku kehidupan yang mencabar di dunia realiti pada masa kini...aku sering mendapatkan semangat juangku dari sinar sebuah mutiara yang sering menyinar hidupku yang malap ini...kini mutiara yang menjadi sandaranku selama ini kian pudar dan malap walau beribu kali ku gilap bagi mendapatkan cahayanya untuk menyinarkan hidupku...aku tidak akan jatuh walau aku kehilangan mutiara ini kerna aku tahu, aku hanya ada diriku sahaja kini...kini aku harus menguatkan diriku walau aku tahu aku akan susah dan bermasalah dalam menjalani hidup yang penuh dusta dan dugaan yang mencabar...aku pewrlu kuat, aku perlu bertenaga dan bingkas bangun walau sebelum aku jatuh kerna aku tahu bahawa MUTIARAKU kian hilang dari hidupku ini...Aku takkan mengalah dan akan aku buktikan bahawa aku akan menyinar dan menjadi sinar mutiara kepada semua pada hari kelak...aku panjatkan doa pada yang maha esa untuk memakbulkan doaku dalam memperjuangkan perjuangan aku untuk membantu manusia serta insan yang lain...niat muliaku tidak akan berakhir hingga ke hujung hayatku...

Wednesday, June 6, 2012

Baru Sedar..

Semua dah berubah, tak macam dulu...

Thursday, May 31, 2012

Jangan berdiam

Salam kepada semua, sudah lama saya tidak aktif meluahkan rasa, emosi dan juga cerita disini...Baru-baru ini telah berlangsung satu festival teater di pahang dimana saya dan rakan-rakan telah mengambil bahagian bertanding di festival tersebut...Banyak perkara yang telah saya pelajari daripada pengalaman yang cukup untuk membuka minda saya untuk berfikir dengan lebih matang...Pementasan kesemua peserta berjalan dengan lancar dan saya berpuas hati secara keseluruhannya...Naskah Dusta Pada Skala 1 Hingga 10 telah dijulang pada festival ini dan pementasan naskah itu telah berjalan dengan baik...Disini, bukan soal pementasan atau festival yang hendak saya suarakan cuma apa yang saya belajar dan saya dapati dari pengalaman saya disana...Saya ingin berterima kasih kepada semua rakan-rakan dan tauladan yang mempercayai saya untuk menggalas tugas sebagai pengarah, dan sebagai pengarah saya dapati bahawa menjadi pengarah tidak boleh berkomproni dan berdiam diri sebaliknya perlu bersuara tentang segala kesilapan yang telah berlaku...Saya tersedar bahawa saya telah melakukan satu kesilapan dengan membiarkan pelakon-pelakon saya tus melakukan kesilapan...Saya tidak boleh terus untuk menjadi begini, saya perlu berubah dan mungkin untuk perubahan yang drastik...Saya sedar silap saya tetapi saya masih dalam belenggu memikirkan adakah yang lain juga belajar dari kesilapan???persoalan yang tidak terjawab yang hanya akan terungkai pada produksi yang akan datang dan kali ini saya tidak akan berdiam diri untuk membiarkan semua kesilapan lalu berulang lagi...

Monday, March 26, 2012

Waktu

Ruang dan waktu???Apa erti semua itu kepada saya???Hanya satu iaitu bersendirian...Dalam hidup ini, aku tidak terlepas dari melakukan kesilapan dan juga manusia lain...Kadang-kadang apa yang aku fikirkan betul adalah salah di mata insan lain...Mungkin mereka betul dan mungkin juga mereka salah tetapi adakah ini memberi aku peluang untuk terus melakukan apa yang aku lakukan...Banyak perkara dalam hidup aku, aku terlepas pandang sesetengah perkara...Aku juga manusia seperti kalian dan aku bukan sempurna tapi aku cuba untuk ke arah kesempurnaan walaupun mencuba sahaja tidak cukup...Banyak perubahan akan berlaku dalam kehidupan kita semua samada kita suka mhupun tidak...Samada perubahan ke arah yang lebih baik atau sebaliknya, manusia tetap tidak menyukai perubahan...Ini semua lumrah manusia kerana kita takut menghadapi perubahan...Aku tidak menghakimi sesiapa dan aku takda hak untuk berbuat demikian...Ramai yang bertanya kepada aku..."ko ni dah kenapa, senyap jer"...Bukan protes atau melarikan diri, cuma aku perlukan eaktu untuk berfikir...Aku bertanya kau jawab...Aku bertanya kau diam...Aku bertanya kau jawab dan aku bertanya kau diam...Aku faham kenapa situasi itu terjadi, aku tak marah tetapi reaksi aku menunjukkan sebaliknya...Bukan kerana kau diam atau pun kau bercakap yang buatkan aku berubah tapi ape yang kau cakap...Betul kate kau yang kini dan dulu amat berbeza...Benar kate kau dulu lagi senang berbanding sekarang...Benar kata kau dulu lagi tenang berbanding sekarang...Pangkalnya, dulu kau tetap kau dan sekarang kau tetap kau...Bezanya adalah masa...Kalau kau tak sukakan sekarang dan membandingkan dulu dengan sekarang amatlah tidak adil kerana sekarang inipun kau yang mebuat keputusan bukan insan lain...Kau agungkan dulu kerana memberi kau senyuman dan kenangan indah...Aku faham, tapi kau menyalahkan kini atas kebanyakan masalah kau adalah tidak patut...Kini kau memilih untuk berada di masa kini dan bukan insan lain..Jadi kenapa perlu mengatakan dulu lagi bagus???Kau mengatakan kini adalah punca kau mempunyai masalah, jadi aku biarkan kau hidup dalam dulu dimana aku belum wujud dalam dunia dulu kau...Kerana dunia dulu aku, aku tidak mempedulikan apa-apa...Aku punyai segalanya, aku punyai semua...Bukan untuk membalas tapi aku hanya memberi kau laluan untuk hidup dalam dunia yang kau inginkan dan bukan aku tak mampu untuk berada dalam dunia dulu kau, cuma aku tidak ingin...Sebab aku bukan jenis yang hidup dalam silam...Ada pepatah mengatakan " It's good to look behind but do not look too long or you will tends to fall behind"...Aku tak berhasrat melupakan kenagan silam kerana semua itu mengajar aku cuma aku tak mahu lagi menjadi seperti aku di masa silam...

Sunday, March 25, 2012

aku Begini

Aku jadi camni bukan sebab sape2, aku just jadi diri aku tanpa perlu hipokrit yang aku ni baik, tak terasa hati, tak kecik hati, aku mental kuat , aku takde perasaan...Buat ape aku bersabar kalau aku tak mampu, aku jadi camni takde kene mengena ngan sape-sape...baik kau, dia atau mereka...bia aku diam dan hilang...sampai masa kamu semua akan biasa dengan tkdenyer aku...Aku jadi camni sebab aku simpan ape aku nak cakap bukan sebab ape yang kau, dia atau mereka cakap...kau, dia, anda, beliau, mereka dan kamu takkan terasa kehilangan aku...

Saturday, March 24, 2012

Aku sudah faham..

Hidup penuh ujian, cubaan dan dugaan...Dalam semua itu datangnya perubahan mengucap salam...kepada baik atau buruk bukan persoalan...Wujud perbandingan dalam jiwa mengenai yang indah dan pahit...Diluah segala yang dirasa untuk menyuarakan apa yang terpendam...Tersentap jika ada bantahan, tapi bukan apa yang diluah hendak dibangkang...Kenapa???Kenapa perlu begitu???Kenapa BERFIKIR begitu???DAN KENAPA PERLU RASA BEGITU???Aku....cuma penglipur lara, indah menghiburkan hati...Betul ke???Hanya indah yang dipeduli???Bagaiman dengan pahit???Apa pula kata pahit, kalau kau melupakan dia???Hmmmm...Pahit, ramai yang benci, herdik dan caci kau...Perasaan dan jiwa kau tetap sama, PAHIT...Adanya kau, baru sempurna...Kenapa perlu datang PERBANDINGAN???Belum selesai dengan PAHIT,sekarang kau pulak...Aaaarrrggghhhh, BANDING...Aku tak boleh terima kau, kau menjadikan dia kusut...Dia memilih yang salah sebab kau...Tidak aku izinkan kau jengah ke jiwa aku walau sesaat...Aku perlu hidup, tapi dengan hidup yang wujudnya kau sebagai BANDING...Tidak, aku takkan izinkan...Kau buat aku rindukan SILAM...Aku rindukan SILAM tapi aku sedar aku takkan boleh dapatkan dia balik...BANDING, aku takkan boleh terima kau...Kau tahu yang SILAM dan KINI sangat berbeza...Tapi kau cuba samakan mereka, itu tidak adil...SILAM dan KINI amat aku perlukan tapi yang aku ada hanya KINI sekarang...Sedaya mana aku cuba, walau tujuh lautan aku redah, beribu bukit aku daki, setinggi awan aku capai...Aku tetap tidak boleh dapatkan SILAM...Aku perlu bersyukur aku ada KINI...BANDING, aku maafkan aku untuk benci kau tapi aku hanya INSAN dan INSAN akan faham...