Saturday, September 11, 2010

ADUYAAAIIII.....

Ter"SURPRISE" tu je la perkataan yang aku boleh fikirkan...hahaha, lucu dan lawak juga kalau aku fikirkan balik peristiwa yang berlaku pada Hari Raya kedua nih...Malam di 1 Syawal aku dengan yakin memberitahu Cik Teh O' dengan perassan yang begitu teruja untuk beraya di kampung beliau tetapi beliau hanya ketawa dan berkata "datang je la kanda"...Aku dengan perasaan yang gembira terus menggosok baju melayu hitamku serta sampin merahku...Dengan menyanyikan lagu "senangnya dalam hati dapat pergi beraya" sambil aku menggosok baju melayu...Bonda yang hairan dan pelik terus berkata "ape ke hey nye kamu nih, tersengih-sengih"...Aku pun siapkan semua yang patut untuk dipakai beraya, serta songkok yang tidak pernah aku pakai...Aku terus roger membe-membeku dan mereka pun setuju untuk turut bersama aku...Aku tidur dengan penuh gembira, hehehe...Esoknya, aku bangun awal pagi untuk menolong Bonda menyiapkan rumah serta menyiapkan kesemua perkara sebelum bertolak...Tepat jam 10 pagi membe-membe aku sampai(padahal 2 orang je) di depan pintu rumah...Aku keluar dengan yakin dan terus masuk kereta...Mereka yang pelik tanya aku "ko demam ke, sejak biler ko bersongkok?" dan aku jawab "saja nak wat surprise kat Cik Teh O'"...(dorang pelik, sape plak Cik Teh O' nih?)...Kami pun pergi menuju ke Tg. Malim dengan perasaan gembira dapat makan banyak2...Hahahaha, begitulah kami yang kuat makan...Dalam perjalanan kami ke tempat dituju, tiba-tiba plak kene berenti...Kami pun panik kenapa lain macam kereta nih...Kami keluar kereta dan tengok keadaan kereta...Rupa-rupanya tayar pancit la plak...Aduyai, aku pun terus lipat tngan baju melayu dan ambil tayar spare. Kami terus tukar tayar kereta yang mengambil masa dalam 30jam...Aku pun tengok jam yang menunjukkan tepat jam 12.30...Aku dengan rilek memecut untuk sampai awal ke destinasi kami...Sedang leka memecut kereta kami sekali lagi membuat hal dengan berhenti secara tibe-tibe...Membeku sudah tepuk kepala, aku pun tengok kereta dan terus tepuk kepala membeku yang sengal dan luper isi minyak...Kami pun gigih menolak kereta ke stesen minyak yang terletak 100 meter dari tempat kejadian...Sesudah sampai ke stesen minyak kami penuhkan tangki GALLARDO kami dan terus memecut dengan laju(kancil je pun)...Tepat jam 4.30 kalau tidak silap aku la, kami pun sampai ke Metropolitan Tg. Malim...hehehehe, tibe-tibe aku dapat rasa aura segan dah datang...Matila, nak jumpa family CIK TEH O' nih...Tapi, aku tetap maintain cool je...Kami pun terus cari UPSI untuk senang aku suruh beliau ambil kami nanti...Setelah sampai ke UPSI aku pun terus menelefon Cik Teh O' dengan harapn nak wat surprise bahawa aku sudah sampai kampung halaman beliau...Aku mula tidak sedap hati, dan terus menelefon lagi...Sebanyak yang mungkin dan menghantar sms bahawa aku sudah sampai...alngkah memeranjatkan apabila kesemua panggilan aku tidak dijawab...Setelah menunggu sampai pukul 5.30 aku dengan penuh mengharap beliau akan menelefon aku balik tiada...Aku dengan hampa dan kecewanya mengajak membe-membeku pulang ke kampung halaman sambil menanggalkan songkok yang aku pakai...Sambil memandu kereta aku pun menghantar satu sms kepada beliau yang aku sudah pulang...Setelah letih memandu aku pun berhenti ke Simpang Pulai dan pergi ke sebuah restoran yang aku nampaksungguh eksklusif...Kami berhenti dan memesan makanan kerana lapar...Membe-membeku yang prihatin nih melihat aku diam tidak bersuara menepuk bahu dan berkata "rilek la, nak wat camne dye tak angkat fon" dan aku pun terus memesan nasi goreng pattaya, mee hailam, kerang bakar 3 bakul dan 1 jag jus tembikai campur lobak dan soya...Membe-membeku terkejut melihat aku memesan makanan terus ternganga, dan aku pun cakap "korang pesan je ape-ape aku belanje, takla penat kiter berjalan jauh-jauh...aku mintk maapla yerr, aku ingat dye angkat fon..tkpe kowang makan je ape2"...Mereka yang tengah kelaparan nih terus memesan macam2 dan aku plak terkejut...Kami menghabiskan masa di restoran tu sampai la satu panggilan masuk ke telefon aku...Aku pun menjawab panggilan tersebut dan terdiam apabila terdengar suara beliau...Beliau amat marah sebab semalam aku cakap dengan nada yang tidak serius untuk beraya di kampung beliau...Dan aku dapat rasa beliau terkilan sebab tidak dapat jumper aku, aku pula terlupa untuk telefon adik beliau...ISSSHHH3, sengal juga aku nih kadang2...HARRRR3~, itu sahaja aku mampu cakap...Selepas habis berbual aku baru ingat bahawa Cik Gaga pun berada di Tg. Malim...Macam maner la aku boleh terluper...Biala, dah lepas dah pun...Selepas selesai kami menhabiskan makan kami, kami pun menuju ke kaunter pembayaran...Aku pun terus senyum kepada saudari manis yang menjaga kaunter tersebut...Saudari tue hanya senyum dan memandang aku, aku pun tanyala kepada saudari iteeewww "Tak beraya ke"...Saudari iteewww diam je dan senyum, aku pun pelik...Kenapa dye nih???Pelik sangat ke pakaian aku...Aku dengan yakin senyum dalam gaya yang paling cool dan tiba-tiba saudari iteww bersuara..."Petang nanti la beraya"...Aku pun cuba la untuk bermulut manis dan secara tiba-tiba seorang lelaki berbadan seperti SAZALI SAMAD menepuk bahu aku...Lelaki itewww terus tanya "ko nak ngorat anak aku nih ade ke 20 ribu nak masuk minang?"...Aku pun terus diam dalam keadaan yang terkejut...Aku pun tengokla bil dan alangkah terperanjat bil itu menunjukkan harga RM145.70...Aku tengok dompet ade 100 je, aku terus panggil membe-membeku untuk tong-tong skit...Selepas aku bayar aku terus beredar dan tiba-tiba plak lelaki itewww bersuara "makan pun tak lalu nak bayar, ade hati nak ngorat anak aku"...Au pun terus masuk kereta dan memecut dengan laju sambil diketawakan oleh membe-membeku...Aku terus tepuk kepala mereka, dan terus menuju ke rumahku...Setelah sampai ke rumah, dengan penuh senyuman aku lontar ke Bonda dan masuk ke bilik...Bonda pun bersuara "sronok la tue, beraya rumah gepren"...Aku hanya senyum dan menukar pakaian dan terus baring di atas katil...Aku tertawa seorang diri memikirkan yang aku ini sangat-sangat clumsy...Walaupun aku nampak garang pada luaran baru aku sedar bahawa aku memang sukar untuk bersikap serius dan amat suka bergurau senda...

0 Footprint: