Wednesday, September 22, 2010

RAYa.....


Hahahaha...Penat, lelah, dan letih tidak dapat dibandingkan dengan kegembiraan untuk berkumpul ramai-ramai bersama keluarga tercinta...Walaupun penat aku bersama-bersama ahli keluarga yang lain dalam menyiapkan satay, lemang serta juadah yang lain untuk Hari Raya Aidilfitri tetapi kegembiraan yang terpampar di wajah setiap ahli keluargaku menghilangkan kelesuan serta penat lelah di badan...Aku dapat lihat wajah datuk dan nenekku yang tersenyum melihat cucu-cucu mereka bermain serta bergelak ketawa sesama sendiri...Walaupun tidak selalu meluangkan masa bersama, keakraban yang ditunjukkan melalui kerjasama antara kami sekeluarga telah berjaya membuktikan pepatah melayu bahawa "air dicincang tidak akan putus" adalah benar...Disaat aku melihat adik-adik, abang-abang, serta kakak-kakakku bersama-sama berkumpul aku dapat merasakan keindahan di pagi aidilfitri...Aku bersama abang, pak su, pakteh serta adik saudaraku yang nakal berhempas-pulas untuk memasang khemah walaupun kami tidak mahir...Semalaman kami berusaha untuk memasang khemah dan menyusun meja serta kerusi untuk menyambut Syawal di keesokan harinya...Setelah siap memasang khemah dan menyiapkan meja dan kerusi kami duduk bersama untuk menikmati secawan kopi dan kuih-muih yang dijamu oleh maksuku yang sedang sarat berbadan dua...Aku yang sangat penat tidak sedar telah melelapkan mata di atas kerusi malas dipayungi oleh kemah yang baru kami pasang...hahahaha, memang lucu melihat kembali gelagat diri kami sekeluarga sepanjang aidilfitri ini...Aku amat gembira dan aku selalu terfikir untuk beraya di rumah Cik Teh O' tetapi ada saja perkara yang menghalang...Aku nak ajak beliau ke rumahku memanglah mustahil...Biasalah, aku belum bersedia dengan soalan-soalan dari Bonda...hahah, terlampau banyak perkara dan saat-indah di pagi 1 Syawal kalau nak ditulis nih...Aku masih ingat di pagi 1 Syawal aku bangun dengan awal untuk bersiap dan bersiap sedia untuk memohon maaf daripada sanak saudara...Amat susah untuk aku berhadapan Ayahandaku untuk memohon maaf dari beliau...Aku merasakan diriku terlampau banyak salah terhadap beliau, sebak aku menahan sedih ketika memohon maaf dari beliau...Tetapi aku lega dan gembira setelah berjaya berhadapan dengan beliau dan memohon ampun maf daripada beliau, iaitu Ayahandaku yang ku kasihi selalu...Di waktu petang setelah semua tetamu sudah pulang dan kami sekeluarga sedang berehat untuk menghilangkan penat di badan, Pak suku menayangkan kesemua video dan gambar yang ditangkap dan dirakam secara sembunyi...Gelagat dan tingkah laku kami semua amatlah mencuit hati dan membuat kami sekeluarga tersenyum dan ketawa besar...Alangkah bahagia jika suasana Aidilfitri ini kekal berpanjangan...












































0 Footprint: