Sunday, October 30, 2011
Sedar Ruang
Bila kita merasakan kita hebat...Kita mula hilang rasa hormat, rasa rendah diri, dan mula menunjukkan diri kita sebagai insan yang lupa diri...Aku hanya mampu gelak akan gelagat manusia-manusia yang tidak tahu erti rasa hormat pada insan lain...Sebagai manusia kita perlu sedar dimana kita sebenarnya tanpa insan yang lain...Ramai yang masih bodoh sombong dan merasakan diri hebat tidak perlu tunjuk ajar...Seperti kata-kata rakanku, bodoh masih boleh diajar tetapi bangang memang tidak boleh buat apa lagi...Perlukah kita sebagai manusia menanggap teguran itu sebagai faktor menjatuhkan moral kita???Menjadikan alasan sebagai pelepasan dari salah laku sendiri???Alasan hanya gubahan kata-kata yang disusun indah tetapi meleret-leret...Mungkin aku tidaj layak memberikan ilmu atau apa-apa teguran untuk manusia sekeliling aku, sampai ada yang merasakan semua itu sangat mengjengkelkan...Aku hanya tersenyum melihat kamu semua menunjukkan sikap kamu yang tidak pernah rasa bersyukur dan menghargai segala yang kamu ada...Janganlah satu hari nanti kamu akan terduduk menyesal atas sikap sombong yang kamu tunjukkan itu menjadikan kamu kelihatan bodoh di kalangan yang lain...
Saturday, October 1, 2011
Promise...
Everything happen for a reason...sometimes I keep on wondering why???but now I understand...i can't promise things to happen unless I make it happen...people always misunderstood between what I said and what I've promised... I'm a man on my word...I'll make it happen for every promises that I've made...I promise and I will never let you down...
Tuesday, August 23, 2011
Video...
Selama bertahun aku dengan dia..21 august la, first time aku webcam ngn dye...Sape kate dari Brunei ngn Malaysia tak leh communicate...I love technology, thnaks to skype n ym...aku boleh tgok muke dan sembang2 ngn dye...
Wednesday, August 17, 2011
Voices
Aku cuma ada satu satu jam tetapi satu jam itu sangat bermakna...Even it just for an hour but she makes me happier than before and honestly I really miss her a lot...I really do...Thanks for calling me, I'm glad we can talked bout almost everything I have been through while you are not here and we laughed happily together through the phones...Thanks for making my day brighter, thanks for being my girl...
Monday, August 15, 2011
4
Its getting better from day to day...She's starting to say hye back...I am happy for that, thanks honey for giving me chance...
Saturday, August 13, 2011
3-22
Aku dah tak tahan dengan kepala aku yang terasa seperti digerudi setiap kali tiba waktu senja dan maghrib...Aku dah mengambil keputusan untuk balik ke kampung dan berubat di sana...Bersabar atas segala ujian dariNya...
2
I miss u so much...Its hard to accept knowing both of us are online but we cant communicate with each other...-letter of DAY 2-
Wednesday, August 10, 2011
Wednesday, July 6, 2011
Leka..
Aku mengetepikan segala yang aku ada untuk kesenangan keluargaku...Niat untuk menyenangkan mereka tetapi aku sedar caraku salah...Aku rahsiakan segala yang aku lakukan untuk mencari wang...Dan setelah mendapat panggilan yang mengejutkan aku, baru ku sedar aku perlu berada di sisi mereka..
Bunga Yang Semakin LAyuuu...
Hidup sentiasa indah tatkala aku menatap awan yang redup disinari cahaya mentari yang damai...Senyum terukir di wajah ketika aku mengamati ombak beralun membelai manja pantai...Aku tenang memikirkan segala hidupku tiada masalh...Aku tidak ingin masalah, aku tidak pandai menjaga segala yang aku miliki...Aku miliki sekuntum bunga yang amat cantik dan membuat aku tersenyum seorang diri...Entah kenapa aku merasakan bunga itu tidak semekar dahulu, ianya semakin layu...Andai kata akulah punca bunga itu tidak bersinar seperti dulu...Aku memberi peluang pada bunga itu untuk memilih sesiapa yang layak bagimu untuk menjadikan kau mekar mewangi...Walaupun bukan aku yang menjaga bunga itu, aku masih tersenyum melihat kau subur mewangi...
Tuesday, July 5, 2011
Hidup Biarlah SEdar Diri..
Aku disni bersama rakan mendengar kata-kata seorang saudara yang berpengalaman dan telah mengharungi hidup dengan penuh cabaran...Sering kali aku mendengar manusia mahukan yang terbaek untuk diri mereka...Pertama kalinya aku ingin berkata tentang jodoh, sebagai lelaki semua mendambakan jodoh yang baik, solehah, cantik, dan indah belaka...Bagiku ianya bagus tetapi mengapa harus dijadikan isu tentang dara seorang perempuan itu???Ada yang sanggup putus tunang, cerai selepas kahwin akibat mahkota seorang perempuan itu yang telah hilang...Lelaki bukan semua tetapi kebanyaknnya tidak sedar diri...Siapa mereka untuk menetukan perempuan itu layak atau tidak menjadi peneman hidup mereka dalam rumah tangga???Mahukan yang masih dara tetapi adakah mereka masih teruna???Itulah dunia, mahukan yang indah untuk diri mereka tetapi diri sendiri tidak pernah sedar akan kelemahan yang ada...Aku sering kali terbaca surat khabar, terdengar radio, tertonton berita akan jumlah graduan yang menganggur terlalu ramai...Bukannya tiada kerja tetapi memilih terlampau sangat...Wa;aupun kita memegang segulung ijazah tetapi itu semua tidak kemana bagiku kalau tidak tahu buat kerja...Ramai memandang golongan buruh kasar, pemanjat pencawang, pekerja kontrak, pelayan restoran, pengutip sampah itu rendah tarafnya...Untuk apa gaji beribu kalau tidak pernah cukup...Bak kata Abg Lan kawan kepada aku, jika besar periuk, besarlah keraknya...Kiasan itu memang mengena pada manusia sekarang...Bagiku seorang yang kaya bukanlah seorang yang gaji beribu-ribu sebulan tetapi seorang yang boleh menyimpan duit setiap bulan walaupun sedikit...Disini aku kesal dengan anak muda, golongan atasan, golongan tua...Mengapa kite sebagai manusia perlu memanggil 'waiter' dengan siulan sedangkan kita boleh memanggil dengan panggilan abang, kakak, adik atau sebagainya...Mentaliti seorang manusia memang begitu sering memanndang rendah orang lain...Tapi untuk ape, cube kite sedar dengan keadaan diri kita dahulu...Aku dimaki oleh seorang pelanggan di kedai makan kerana aku memanggil beliau adik manis...Bukan niat untuk mengorat tetapi hanya bermanis mulut terhadap tetamu yang mengunjung, be;iau berkata kepada aku..."Keje pown waiter ade hati nak panggil adik manis"...Beliau itu baru sekolah menengah tingkatan empat, aku dapat tahu dengan buku sekolah yang dibawa beliau...Dalam hati aku terdetik kenapa kita perlu memandang hina seseorang itu???Sedang aku penat berjalan aku duduk di tepi tangga ecm, dan seorang mak cik berkata kepada anaknya..."Jangan jadi cam abg tu, melepak je blaja tknak tu mesti tk sekolah jd mat rempit'...Usahlah kita anggap diri kita besar, dan memandang hina orang lain...Aku melihat seorang makcik mengutip tin kosong dan seorang remaja perempuan baling tin kosong kepada mak cik tersebut...Aku sedeyh melihat seorang yang perempuan yang manis, cantik, bertudung,tetapi perangai...Bukan untuk mengata tetapi mentaliti seorang individu terhadap individu lain kenapa harus terlalu kejam...Aku hanya seorang insan yang bukan prihatin tetapi sebagai melayu aku malu untuk mengata aku melayu...
Wednesday, June 15, 2011
Sepi dalam Bising...
Keadaan bising di mamak menandakan ramai pelanggan...Duduk beramai di kalangan rakan-rakan tidak mendakan ape2...Jiwa kosong dicarik harapn yang diberi...Wang ringgit tidak penting kalau apa yang diharap tidak menjad...Kejutan memang sesuatu yang tidak menggembirakan, jadi tidak perlu kejutan kalau tidak disuka..Lebih baik bersendiri di tengah bandar yang sepi...Harapan biar berasas bukan diberi kosong untukmenjaga hati..
Friday, June 10, 2011
Ikut Hati tidak semesti Mati...
Sering kita bertanya akan sebab dan alasan...Kita memerlukan sebab untuk semua yang terjadi, tidak kira apa yang terjdi...Aku berbeda dari yang lain, aku tidak perlukan alasan utnuk melakukan apa-apa...Segala yang terjadi aku ikutkan gerak hati, hingga kini banyak perkara yang terjadi aku sendiri masih tidak tahu mengapa terus terjadi...Seingkali aku memerhatikan sekeliling ku tentang segala-galanya dan sering aku terdengar...Kenapa???Mengapa???Lebih-lebih dalam perhubungan...Kenapa awak sayang saya???Mengapa awak suka kan saya...Perluke sebab untuk menyayangi, menyukai atau mencintai???
Wednesday, June 8, 2011
Apa guna mata kalau hati dah buta?
Melihat dunia terbentang luas, aku menjadi kosong...Kosong dengan tiada jiwa yang terisi dalam diri...Awan yang catik tatkala matahari menimbah sinar mebuat aku kagum dengan keindahan dunia...Semua yang bernyawa mahupun tidak dijadikan berpasangan...Yang kecik dan besar, rendah dan tinggi,kaya dan miskin, panjang dan pendek, luas dan sempit dan juga laki ataupun perempuan...Kita sebagai manusia sering lalai melihat dunia yang semakin maju dan membuatkan kita buta tak berhati...Semua antara kita memilih untuk melihat apa yang kita mahu, walaupun hodoh kita melihat yang cantik...Walaupun sedih kita memilih yang buruk...Walaupun salah kita memilih untuk jadi yang betul...Jiwaku hilang???Tidak cuma sesat di arus pembangunan dunia yang cuba membutakan kita dengan propaganda dunia...Aku melihat seorang tua kusut masai berjalan di pandang hina dan dicemuh kerana kemiskinan...Melihat seorang tua dihalaudari sebuah kedai kerana penampilan yang tidak menyenangkan membuat ku terfikir kenapa kita perlu kejam...Kita sering kali kejam terhadap diri sendiri...Dunia luas yang diis dengan pelbagai keindahan membuat kita buta arah melih tujuan...Segala yang bernama adalah indah...Tiada yang cacat ataupun rosak...Tidak perlu menghina atau mencaci sedangkan kita bukanlah sempurna...
Friday, June 3, 2011
Jika tidAk Diubah Akanku Terus JAdi Celaka...
Pada tahap ini, aku tidak lagi takut atau peduli apa yang bakal terjadi...Aku tidak mahu lagi bersuka-ria, ke sana sini mebuang wang ringgit...Untuk apa aku memikirkan kesusahan mereka yang tidak akan aku, bukan untuk berdendam tetapi disaat aku diberi tekanan secara langsung atau tidak mereka tidak memikirkan langsung...Aku tidak akan mahu terhutang budi kepada sesiapa pun mahupun bercerita ape2 pun kepada sesiapa...Untuk ape dicerita derita yang dirasa dan untuk ape menagih simpati, aku bukan peminta jalanan yang tidak mampu berusaha sendiri...Aku mampu mengubah diri aku, sampai tahap ini aku tidak akan lupa segala barang ku yang telah hilang, segala duit ku yang telah habes, segala pemergian mereka yang aku anggap kawan...Aku bukan lagi seperti dahulu, aku tidak akan lagi jadi seperti dahulu...Ini aku dan aku yang menetukan segalanya, persetan semua suara sumbang...Akan aku tuntut segala milik dan hak aku sehingga aku dapat...Aku bukan berdendam hanya aku tidak lagi aku yang dahulu...Aku hanya ingin jadi aku dan pergi kalian semua...
Wednesday, May 25, 2011
Tersepit...
Seorang diri aku terkenang diri yang kesepian yang jauh dari riuh-rendah keriangan...Aku sering mahukan segala yang aku inginkan tanpa aku sedari keperluan hidupku...Sepikah aku???Keseorangankah aku???Terbiarkah aku???Dalam aku melalui laluan yang penuh bahaya aku diterkam perangkap yang lebih ganas dan bahaya...Aku melupakan segala yang aku ada untuk kebaikan diriku...Disaat aku memerlukan sokongan hidup aku dilanda ujian yang getir...Aku tidak mahu kehilangan tetapi aku sering menhilangkan diri...Adilkah bersikap lebih hina dari binatang...Aku ingin terbang bak helang yang gagah dan bebas bermaharajalela di udara...
Sunday, April 24, 2011
Sunday, March 27, 2011
-
Aku pergi kali ini bukan sekejap dan bukan untuk membawa diri mengubat hati yang berkecamuk dilanda taufan...Aku pergi mungkin tidak akan kembali, kepulangan aku bukan dinanti...Aku tidak meminta dirayu atau dihargai...Pemergian aku untuk membiarkan kesemua barang kesayanganku dijaga elok...Kalau aku duduk sini barang aku rosak sebab aku tidak pandai menjaga barang-barang aku...Untuk apa aku duduk sini dan menambah duka di hati melihat kesemua barangku itu semakin tidak dijaga dan rosak oleh sikap aku ini...Biarlah aku pergi untuk kebaikan semua...Usah dinanti kepulangan yang tidak berharga ini...
Penyakit....
Entah kenapa aku merasakan terdapat satu kesilapan dalam hidup ini...Mungkin aku bukan dilahirkan untuk membahagiakan sesiapa, baruku sedar aku tidak mampu untuk membuat sesiapa bahagia disisi aku...Siapalah diriku ini, aku sedar aku bukanlah bagustetapi bukanlah maksudku untuk menjadi begitu...Aku ingin mengubah hidup aku menjadi lebih baik dan perbaiki kesemua kesilapanku jadi aku berhenti...Bukan berhenti dari menjadi manusia..Bukan berhenti dari berpuisi...Bukan berhenti dari berseni...Bukan erhenti dari meluahkan isi hati aku ini tetapi berhenti dari menjadi penyakit dalam kalangan manusia...Penyakit yang menjadikan manusia tidak selesa dan sentiasa membuat kesilapan...Kesilapan aku bukanlah kerana aku mengenali kamu semua kerana kamu semua telah menjadikan aku kenal erti hidup ini...Tetapi bagi kalian mengenali hidup aku adalah menjadi satu kesilapan kerana aku hanya satu penyakit yang menjadikan kalian tidak sihat dari masalah...
Saturday, March 26, 2011
Gementar..
Perasaan gementar disaat aku melangkah masuk ke gelanggang memang sukar digambarkan walaupun aku amat yakin bahawa aku boleh.Tidak mudah untuk aku menarik perhatian para hadirin yang datang untuk menyaksikan pementasan pendek yang aku lakukan. Bukan soal dihargai atau dipuji yang aku ingin bicarakn cuma aku masih hairan dengan segelintir masyarakat yang masih menganggap teater adalah hiburan semata-mata. Masih aku ingat kata-kata temanku bahawa teater bukanlah teater semata tetapi teater adalah pentas memanusiakan manusia. Hingga ke hari ini aku terbawa-bawa permainan emosiku ke dalam dunia realitiku yang ku anggap boleh aku abadikan dalam kehidupan seharian. Emosi menjadi permainan aku ketika lapang dan monolog menjadi rutin harian aku. Aku suka apabila halusinasi menjadi teman ketika aku kesepian. Malam tadi bukan cubaan tetapi malam tadi menjadi satu garisan u tuk aku melangkah lebih jauh dan mengatasi diriku yang masih lemah untuk menyampaikan perasaan atau satu pesanan melalui permainan emosi.
Friday, March 25, 2011
Emosi
Emosi memang datangnyer dari hati tetapi kenapa susah untuk manusia menangani dengan akal. Akal diberi untuk diguna tetapi alangkah sedihnya sehingga sekarang manusia tetap sama walaupun berkali ditegur. Aku memang jenis yang main-main tetapi aku serius bila membuat sesuatu, marah aku semula jadi dan aku berterima kasih kepada manusia kerana telah menjadikan emosi aku datang dengan sendirinya. Bukan niatku untuk menyalahkan sesiapa tetapi apa salahku jika aku sahaja yang perlu terima marah dari manusia, aku beremosi untuk meluahkan perasaanku bukan untuk ditonton sebagai hiburan. Emosi aku sebagai tauladan bukan santapan untuk masa lapang. Jika perkara yang manusia tidak suka aku buat suatu ketika dahulu dilakukan kembali kepada aku jadi aku terima dengan redhanya. Cuma saat ini emosi aku adalah pada tahap yang tersekat akibat perbuatan manusia yang tidak sedar bahawa mereka juga melakukan perkara yang sama seperti mereka menegur aku suatu masa dahulu. Sekarang usah kau tunjuk sikap kau yang keanakan dan tidak matang hanya kerana kau sebagai manusia tidak mahu atau 'Fade Up' dengan keadaan sekeliling kau sebagai seorang insan yang bernama manusia. Aku hanya pemuisi jalanan yang meluahkan isi hatiku melalui emosi, emosiku ini bukan kerana marah tetapi kerana perbuatan manusia yang aku fikir perlu lebih matang untuk berdepan dengan dunia yang kejam ini.
Tuesday, March 1, 2011
I used to notice something that people may not notice at all...
I used to see what people can't see...
but that's not the point...
the point is why???
why i don't wanna be like that again...
i am sad when it is because of you guys...
Tidak perlu berkata..
Aku menulis bukan untuk bermadah...
Aku menulis bukan untuk berkarya...
Aku menulis bukan untuk menghina...
Aku menulis bukan untuk menyatakan aku betul...
Aku menulis hanya meluahkan segala yang aku rasa...
Mereka selalu bertanya...
"Kau ok??"
"Kau kenapa nih?"
"Kau ade masalh?"
"Kau de problem ke?"
"Kenapa kau berubah ek?"
Dulu mulut aku petah berkata-kata tetapi menyakitkan telinga dan sering dibangkang semua kata-kata aku, sekarang aku diam...
Dulu gurauan aku menjadi hiburan tetapi mereka ada kalanya terasa, sekarang aku diam...
Dulu pandangan aku sering dibangkang, sekarang aku diam...
Dulu monolog aku sering didengar dan bukan semua tentang diriku, sekarang aku diam...
Dulu aku merapu tetapi ada yang rasa mengjengkelkan, sekarang aku diam...
Diam aku bukan kerana tidak suka...
Diam aku untuk memerhati...
Diam aku untuk berfikir...
Diam aku untuk bersabar...
Diam aku untuk aku...
Diam aku tidak lagi akan menyakitkan sesiapa...
Monday, February 21, 2011
Siapa diri aku???
Darah aku semakin panas hati aku semakin keras...Kepala aku semakin kosong dan aku semakin terpencil dari kelompok yang aku anggap sebagai teman karibku...Mulutku semakin sunyi dari kata-kata dan gurauan senda seperti sedia kala...Aku sudah tidak lagi seperti dahulu kala, aku kini semakin berubah tanpa aku mnyyedarinya semua itu...Aku tidak pasti dan tidak tahu apa yang menyebabkan aku berubah seperti seorang insan yang berbeza...Aku lebih menyendiri untuk mencari ketenangan dan tidak lagi gemar untuk berada di tempat yang penuh dengan keseronokan...Aku bukan lagi merasakan senyuman itu adalah bagus kerana diriku tidak lagi mampu untuk senyum kepada sesiapa...Aku lebih gemar untuk memekakkan telingaku dengan alunan muzik yang aku anggap seperti satu ketenangan kepada diriku ini...
Sunday, February 20, 2011
Diam Tidak Melambangkan Sesuatu
halooo...Aku sangat pelik dan hairan apabila aku melihat suatu yang sangat kelakar pada situasi manusia sekarang...Manusia memang tidak pernah rase puas hati dengan apa yang mereka ada dan sering mengharap akan sesuatu yang mereka mahu...Bagi aku tidak perlu aku menzahirkan perasaan aku hanya untuk menghebahkannya untuk membuat semua faham akan hati kecil aku ini...Untuk apa kita mengetahui sesuatu dari mulut jika kita memahami seseorang itu dari hati mereka, yang sering menyembunyikan perkara dari pengetahuan kita...Susah untuk menemui insan yang memahami segala yang kita lakukan tanpa perlu kita luahkannya tetapi kita perlulah sedar yang setiap manusai merahsiakan sesuatu kerana mereka ada tujuan mereka sendiri dan perubahan yang berlaku semua disebabkan atas apa yang tela terjadi...
Friday, February 11, 2011
SUNYI...
Suara-suara gembira dan bunyi-bunyi keriangan yang sering aku dengar telah diganti dengan kesunyian alam di sampaing bunyi-bunyi cengkerik dan unggas malam...Aku sering terfikir bahawa kenapa perubahan dalam sesuatu perkara akan membawa satu impak yang agak ketara dalam dunia ini...Bukanlah tujuan aku untuk bermadah mahupun berpuisi, aku hanya insan biasa yang telah hilang suara dek kesunyian yang datang menjelma...
Tuesday, February 8, 2011
Bufday GiFt..
Aku bukanlah seorang yang pandai dalam membuat kejutan atau memberi suatu impak yang besar dalam hidup seseorang mahupun berseni seperti karyawan, romantis bagai MAJNUN DAN LAILA, berani seperti Leftenan Adnan di medan perang, ataupun budiman seperti Tun DR. Mahathir. Aku hanya aku dan aku hanya menyampaikan isi hatiku melalui sekotak bungkusan coklat..
RUANG..
Hello...Pernah kalian semua dengar akan sesuatu yang indah tidak semetinya indah...Aku sering membayangkan perkara yang indah belaka yang akan menimpa diriku ini...Walaupun aku sedar bahawa kehidupan tidak akan berakhir dengan keindahan yang aku impikan...Aku sangat mementinkan diri dan tidak pernah memikirkan tetang insan-insan di sekeliling aku dan aku sering mengambil mudah atau menyusahkan pelaksanaan sesuatu perkara tersebut...Kini aku sedar atas keegoan aku yang tinggi ini telah membuatkan ramai pihak terguris hati dan merisaukan mereka...Aku tidak lagi mahu menjadi seseorang yang terlalu memikirkan perkara yang ingin aku lakukan tetapi aku hanya ingin mngubah kesemua perkara dalam diri aku malah boleh dikatakan dalam hidup aku...Aku mahu memberi ruang kepada semua perkara dalam alam ini supaya aku tidak lagi sesak lagi...
Subscribe to:
Posts (Atom)