Saturday, March 26, 2011

Gementar..

Perasaan gementar disaat aku melangkah masuk ke gelanggang memang sukar digambarkan walaupun aku amat yakin bahawa aku boleh.Tidak mudah untuk aku menarik perhatian para hadirin yang datang untuk menyaksikan pementasan pendek yang aku lakukan. Bukan soal dihargai atau dipuji yang aku ingin bicarakn cuma aku masih hairan dengan segelintir masyarakat yang masih menganggap teater adalah hiburan semata-mata. Masih aku ingat kata-kata temanku bahawa teater bukanlah teater semata tetapi teater adalah pentas memanusiakan manusia. Hingga ke hari ini aku terbawa-bawa permainan emosiku ke dalam dunia realitiku yang ku anggap boleh aku abadikan dalam kehidupan seharian. Emosi menjadi permainan aku ketika lapang dan monolog menjadi rutin harian aku. Aku suka apabila halusinasi menjadi teman ketika aku kesepian. Malam tadi bukan cubaan tetapi malam tadi menjadi satu garisan u tuk aku melangkah lebih jauh dan mengatasi diriku yang masih lemah untuk menyampaikan perasaan atau satu pesanan melalui permainan emosi.

0 Footprint: