Monday, February 21, 2011
Siapa diri aku???
Darah aku semakin panas hati aku semakin keras...Kepala aku semakin kosong dan aku semakin terpencil dari kelompok yang aku anggap sebagai teman karibku...Mulutku semakin sunyi dari kata-kata dan gurauan senda seperti sedia kala...Aku sudah tidak lagi seperti dahulu kala, aku kini semakin berubah tanpa aku mnyyedarinya semua itu...Aku tidak pasti dan tidak tahu apa yang menyebabkan aku berubah seperti seorang insan yang berbeza...Aku lebih menyendiri untuk mencari ketenangan dan tidak lagi gemar untuk berada di tempat yang penuh dengan keseronokan...Aku bukan lagi merasakan senyuman itu adalah bagus kerana diriku tidak lagi mampu untuk senyum kepada sesiapa...Aku lebih gemar untuk memekakkan telingaku dengan alunan muzik yang aku anggap seperti satu ketenangan kepada diriku ini...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Footprint:
Post a Comment