Friday, March 25, 2011

Emosi

Emosi memang datangnyer dari hati tetapi kenapa susah untuk manusia menangani dengan akal. Akal diberi untuk diguna tetapi alangkah sedihnya sehingga sekarang manusia tetap sama walaupun berkali ditegur. Aku memang jenis yang main-main tetapi aku serius bila membuat sesuatu, marah aku semula jadi dan aku berterima kasih kepada manusia kerana telah menjadikan emosi aku datang dengan sendirinya. Bukan niatku untuk menyalahkan sesiapa tetapi apa salahku jika aku sahaja yang perlu terima marah dari manusia, aku beremosi untuk meluahkan perasaanku bukan untuk ditonton sebagai hiburan. Emosi aku sebagai tauladan bukan santapan untuk masa lapang. Jika perkara yang manusia tidak suka aku buat suatu ketika dahulu dilakukan kembali kepada aku jadi aku terima dengan redhanya. Cuma saat ini emosi aku adalah pada tahap yang tersekat akibat perbuatan manusia yang tidak sedar bahawa mereka juga melakukan perkara yang sama seperti mereka menegur aku suatu masa dahulu. Sekarang usah kau tunjuk sikap kau yang keanakan dan tidak matang hanya kerana kau sebagai manusia tidak mahu atau 'Fade Up' dengan keadaan sekeliling kau sebagai seorang insan yang bernama manusia. Aku hanya pemuisi jalanan yang meluahkan isi hatiku melalui emosi, emosiku ini bukan kerana marah tetapi kerana perbuatan manusia yang aku fikir perlu lebih matang untuk berdepan dengan dunia yang kejam ini.