Sunday, March 27, 2011

-

Aku pergi kali ini bukan sekejap dan bukan untuk membawa diri mengubat hati yang berkecamuk dilanda taufan...Aku pergi mungkin tidak akan kembali, kepulangan aku bukan dinanti...Aku tidak meminta dirayu atau dihargai...Pemergian aku untuk membiarkan kesemua barang kesayanganku dijaga elok...Kalau aku duduk sini barang aku rosak sebab aku tidak pandai menjaga barang-barang aku...Untuk apa aku duduk sini dan menambah duka di hati melihat kesemua barangku itu semakin tidak dijaga dan rosak oleh sikap aku ini...Biarlah aku pergi untuk kebaikan semua...Usah dinanti kepulangan yang tidak berharga ini...

Penyakit....

Entah kenapa aku merasakan terdapat satu kesilapan dalam hidup ini...Mungkin aku bukan dilahirkan untuk membahagiakan sesiapa, baruku sedar aku tidak mampu untuk membuat sesiapa bahagia disisi aku...Siapalah diriku ini, aku sedar aku bukanlah bagustetapi bukanlah maksudku untuk menjadi begitu...Aku ingin mengubah hidup aku menjadi lebih baik dan perbaiki kesemua kesilapanku jadi aku berhenti...Bukan berhenti dari menjadi manusia..Bukan berhenti dari berpuisi...Bukan berhenti dari berseni...Bukan erhenti dari meluahkan isi hati aku ini tetapi berhenti dari menjadi penyakit dalam kalangan manusia...Penyakit yang menjadikan manusia tidak selesa dan sentiasa membuat kesilapan...Kesilapan aku bukanlah kerana aku mengenali kamu semua kerana kamu semua telah menjadikan aku kenal erti hidup ini...Tetapi bagi kalian mengenali hidup aku adalah menjadi satu kesilapan kerana aku hanya satu penyakit yang menjadikan kalian tidak sihat dari masalah...

Saturday, March 26, 2011

Gementar..

Perasaan gementar disaat aku melangkah masuk ke gelanggang memang sukar digambarkan walaupun aku amat yakin bahawa aku boleh.Tidak mudah untuk aku menarik perhatian para hadirin yang datang untuk menyaksikan pementasan pendek yang aku lakukan. Bukan soal dihargai atau dipuji yang aku ingin bicarakn cuma aku masih hairan dengan segelintir masyarakat yang masih menganggap teater adalah hiburan semata-mata. Masih aku ingat kata-kata temanku bahawa teater bukanlah teater semata tetapi teater adalah pentas memanusiakan manusia. Hingga ke hari ini aku terbawa-bawa permainan emosiku ke dalam dunia realitiku yang ku anggap boleh aku abadikan dalam kehidupan seharian. Emosi menjadi permainan aku ketika lapang dan monolog menjadi rutin harian aku. Aku suka apabila halusinasi menjadi teman ketika aku kesepian. Malam tadi bukan cubaan tetapi malam tadi menjadi satu garisan u tuk aku melangkah lebih jauh dan mengatasi diriku yang masih lemah untuk menyampaikan perasaan atau satu pesanan melalui permainan emosi.

Friday, March 25, 2011

Emosi

Emosi memang datangnyer dari hati tetapi kenapa susah untuk manusia menangani dengan akal. Akal diberi untuk diguna tetapi alangkah sedihnya sehingga sekarang manusia tetap sama walaupun berkali ditegur. Aku memang jenis yang main-main tetapi aku serius bila membuat sesuatu, marah aku semula jadi dan aku berterima kasih kepada manusia kerana telah menjadikan emosi aku datang dengan sendirinya. Bukan niatku untuk menyalahkan sesiapa tetapi apa salahku jika aku sahaja yang perlu terima marah dari manusia, aku beremosi untuk meluahkan perasaanku bukan untuk ditonton sebagai hiburan. Emosi aku sebagai tauladan bukan santapan untuk masa lapang. Jika perkara yang manusia tidak suka aku buat suatu ketika dahulu dilakukan kembali kepada aku jadi aku terima dengan redhanya. Cuma saat ini emosi aku adalah pada tahap yang tersekat akibat perbuatan manusia yang tidak sedar bahawa mereka juga melakukan perkara yang sama seperti mereka menegur aku suatu masa dahulu. Sekarang usah kau tunjuk sikap kau yang keanakan dan tidak matang hanya kerana kau sebagai manusia tidak mahu atau 'Fade Up' dengan keadaan sekeliling kau sebagai seorang insan yang bernama manusia. Aku hanya pemuisi jalanan yang meluahkan isi hatiku melalui emosi, emosiku ini bukan kerana marah tetapi kerana perbuatan manusia yang aku fikir perlu lebih matang untuk berdepan dengan dunia yang kejam ini.

Tuesday, March 1, 2011

I used to notice something that people may not notice at all...
I used to see what people can't see...
but that's not the point...
the point is why???
why i don't wanna be like that again...
i am sad when it is because of you guys...

Tidak perlu berkata..

Aku menulis bukan untuk bermadah...
Aku menulis bukan untuk berkarya...
Aku menulis bukan untuk menghina...
Aku menulis bukan untuk menyatakan aku betul...
Aku menulis hanya meluahkan segala yang aku rasa...
Mereka selalu bertanya...
"Kau ok??"
"Kau kenapa nih?"
"Kau ade masalh?"
"Kau de problem ke?"
"Kenapa kau berubah ek?"
Dulu mulut aku petah berkata-kata tetapi menyakitkan telinga dan sering dibangkang semua kata-kata aku, sekarang aku diam...
Dulu gurauan aku menjadi hiburan tetapi mereka ada kalanya terasa, sekarang aku diam...
Dulu pandangan aku sering dibangkang, sekarang aku diam...
Dulu monolog aku sering didengar dan bukan semua tentang diriku, sekarang aku diam...
Dulu aku merapu tetapi ada yang rasa mengjengkelkan, sekarang aku diam...
Diam aku bukan kerana tidak suka...
Diam aku untuk memerhati...
Diam aku untuk berfikir...
Diam aku untuk bersabar...
Diam aku untuk aku...
Diam aku tidak lagi akan menyakitkan sesiapa...