Monday, February 21, 2011

Siapa diri aku???

Darah aku semakin panas hati aku semakin keras...Kepala aku semakin kosong dan aku semakin terpencil dari kelompok yang aku anggap sebagai teman karibku...Mulutku semakin sunyi dari kata-kata dan gurauan senda seperti sedia kala...Aku sudah tidak lagi seperti dahulu kala, aku kini semakin berubah tanpa aku mnyyedarinya semua itu...Aku tidak pasti dan tidak tahu apa yang menyebabkan aku berubah seperti seorang insan yang berbeza...Aku lebih menyendiri untuk mencari ketenangan dan tidak lagi gemar untuk berada di tempat yang penuh dengan keseronokan...Aku bukan lagi merasakan senyuman itu adalah bagus kerana diriku tidak lagi mampu untuk senyum kepada sesiapa...Aku lebih gemar untuk memekakkan telingaku dengan alunan muzik yang aku anggap seperti satu ketenangan kepada diriku ini...

Sunday, February 20, 2011

Diam Tidak Melambangkan Sesuatu

halooo...Aku sangat pelik dan hairan apabila aku melihat suatu yang sangat kelakar pada situasi manusia sekarang...Manusia memang tidak pernah rase puas hati dengan apa yang mereka ada dan sering mengharap akan sesuatu yang mereka mahu...Bagi aku tidak perlu aku menzahirkan perasaan aku hanya untuk menghebahkannya untuk membuat semua faham akan hati kecil aku ini...Untuk apa kita mengetahui sesuatu dari mulut jika kita memahami seseorang itu dari hati mereka, yang sering menyembunyikan perkara dari pengetahuan kita...Susah untuk menemui insan yang memahami segala yang kita lakukan tanpa perlu kita luahkannya tetapi kita perlulah sedar yang setiap manusai merahsiakan sesuatu kerana mereka ada tujuan mereka sendiri dan perubahan yang berlaku semua disebabkan atas apa yang tela terjadi...

Friday, February 11, 2011

SUNYI...

Suara-suara gembira dan bunyi-bunyi keriangan yang sering aku dengar telah diganti dengan kesunyian alam di sampaing bunyi-bunyi cengkerik dan unggas malam...Aku sering terfikir bahawa kenapa perubahan dalam sesuatu perkara akan membawa satu impak yang agak ketara dalam dunia ini...Bukanlah tujuan aku untuk bermadah mahupun berpuisi, aku hanya insan biasa yang telah hilang suara dek kesunyian yang datang menjelma...

Tuesday, February 8, 2011

Bufday GiFt..

Aku bukanlah seorang yang pandai dalam membuat kejutan atau memberi suatu impak yang besar dalam hidup seseorang mahupun berseni seperti karyawan, romantis bagai MAJNUN DAN LAILA, berani seperti Leftenan Adnan di medan perang, ataupun budiman seperti Tun DR. Mahathir. Aku hanya aku dan aku hanya menyampaikan isi hatiku melalui sekotak bungkusan coklat..

RUANG..

Hello...Pernah kalian semua dengar akan sesuatu yang indah tidak semetinya indah...Aku sering membayangkan perkara yang indah belaka yang akan menimpa diriku ini...Walaupun aku sedar bahawa kehidupan tidak akan berakhir dengan keindahan yang aku impikan...Aku sangat mementinkan diri dan tidak pernah memikirkan tetang insan-insan di sekeliling aku dan aku sering mengambil mudah atau menyusahkan pelaksanaan sesuatu perkara tersebut...Kini aku sedar atas keegoan aku yang tinggi ini telah membuatkan ramai pihak terguris hati dan merisaukan mereka...Aku tidak lagi mahu menjadi seseorang yang terlalu memikirkan perkara yang ingin aku lakukan tetapi aku hanya ingin mngubah kesemua perkara dalam diri aku malah boleh dikatakan dalam hidup aku...Aku mahu memberi ruang kepada semua perkara dalam alam ini supaya aku tidak lagi sesak lagi...