Tuesday, October 19, 2010
ALANGKAH BAGUS????
Dulu aku selalu terbiasa keseorangan dan sentiasa melarikan diri dari masalah...Aku selalu mengambil jalan mudah dalam beberapa perkara dan aku selalu abaikan perkara-perkara kecil...Aku jarang memikirkan hati dan perasaan orang lain...Aku selalu dibayangi dengan kisah-kisah silam aku dan aku sering jadi takut...aku terlalu berjaga-jaga samapi aku tidak sedar aku telah buat ramai yang tidak selesa...aku sering menidakkan perkara yang berlaku ke atas aku...Kini baru aku sedar yang aku telah banyak buat silap, aku terlalu menjadi orang lain dan bukan diri aku...Disebabkan aku sudah lama tidak keluar "dating" wat aku jadi pelik dan sedikit janggal untuk keluar bersama Cik Teh O...Aku sedar yang aku telah banyak menguji dan mendesak beliau dan kini aku dapat rasa sesuatu yang aku tidak jangka...Tersentak aku dan aku tidak dapat melelapkan mata memikirkan kata-kata sahabat baikku yang ku anggap sebagai abang aku sendiri...aku panggil dye Kak Long...Aku tersedar dan baru aku tahu perkara yang aku tidak ingin berlaku telah pun terjadi sebelum sempat aku betulkan suasana...Ketakutan aku bertambahdan aku semakin fobia...Aku dulu bukan macam ni, aku tidak pernah rasa susah untuk berhadapan dengan golongan HAWA...Sekarang aku tidak tahu nak buat apa-apa, aku tahu yang aku ini terlalu merisaukan perkara sampai ia menjadi tidak masuk akal...Alangkah baiknya jikalau aku boleh beritahu Cik Teh O yang aku takut sebab aku dah jadi janggal untuk berhadapan dengan buah hatiku itu...Sebab aku sebenarnya amat fobia dengan perkara-perkara yang lepas dan aku tidak tahu apa yang perlu aku lakukan...Kalaulah aku boleh bercakap dengan beliau ingin aku cakap yang aku sudah lama nak luahkan apa yang aku rasa...ingin aku tanya beliau bahawa aku memang nak tahu semua perkara tentang beliau...ingin aku tanya semua perkara yang berlaku walaupun di masa lepas, sekarang ataupun akan datang...aku sedar aku amat ego untuk berdiam diri dan bisu tanpa berkata apa-apa...walaupun aku tahu beliau sayangkan aku...aku ingin tahu semua perkara, aku cuma takut untuk bertanya...Aku terlalu memikirkan bahawa beliau tidak akan selesa dengan aku jikalau aku berbuat demikian...Alangkah bagus jika aku dapat luahkan semua yang aku ingin tahu dan memang aku nak luah yang aku memang cemburu...aku memang merajuk, memang terasa hati, memang sedeyh, memang ingin tahu macam2....Tapi aku ego sebab aku nak cakap aku mental fit aku tak rasa semua itu...alangkah bagusnya kalau aku boleh cakap aku nak mintak maaf sebab tidak memberi ruang untuk beliau dan ingin aku mintak maaf yang aku telah buat beliau hidup di dalam dunia aku...Aku sudah sedar dan aku ingin berubah....Cik Teh O, i just want you to know that i love what you are, i love what you are not, and i love what you will become...SO, janganlah diam membisu sebab terus terang dari lubuk hati aku melihat kau gembira tertawa di samping rakan-rakan dan diam seribu bahasa bila bersama aku amatlah pedih untuk aku lalui...Tapi aku tetap kuatkan semangat aku untuk senyum sebab aku nak tengok senyuman kau...Cik Teh O, salah aku smua perkara ini terjadi dan aku telah jadi takut untuk berhadapan dengan kau...aku takut nak berhadapan dengan perkara-perkara begini sebab aku sudah tidak tahu untuk menyelesaikan masalah...Alangkah bagus aku dapat mengatasi rasa takut aku ini, tapi aku tidak mampu nak buat sorang-sorang....(hati kecil seorang lelaki yang ego)
Monday, October 18, 2010
Gelang Besi...
Aku selalu pakai gelang besi atau bracelet yang au beli dahulu...
Memang susa nak tengok aku tanggal...
Aku pakai sentiasa da tidak pernah tanggal...
Sekarang aku sudah mula tanggal gelang tu dari tangan aku...
Aku rasa tak selesa kadang-kadang pakai gelang tu...
Tapi aku masih nak simpan...
Sebab gelang lain tkda pun yang aku suka...
Cuma, sampai biler ek aku nak simpan???
Kalu aku dah tk selesa pakai???
Saturday, October 9, 2010
PERLU KE SAMPAI MACAM TU???
Dalam dunia ni kita tidak sedar yang kita sentiasa mahukan kesempurnaan dan tiada antara kita yang fikir bahawa kesempurnaan itu tidak wujud dalam bumi realiti...Aku sering tertanya-tanya kenapa kadang kala kita tidak pernah lakukan sesuatu yang menyenangkan semua pihak dan aku inginkan semua perkara berjalan lancar sehingga aku sedar itu semua tidak nyata...Kita sering mahukan orang menjaga hati kita tetapi kenapa kita tidak membuat begitu kepada orang lain...Kita selau abaikan orang dihadapan kita dan cuba memikirkan dan mendapatkan orang yang jauh dari kita, KENAPA???Susahkah untuk menghargai sesuatu selagi ia masih ada???Mengapa kita sering mementingkan diri kita???Kenapa kita susah untuk sedar jalan terbaik untuk mebuatkan diri sendiri terjaga adalah dengan menjaga hati sendiri...Aku tersedar dan aku tidak mengharapkan orang lain untuk menjaga hati aku dan aku tidak perlukan orang lain untuk membuat aku tersenyum...Aku memilih untuk tidak percaya kisah bahagia dan tenang kerana dunia ini penuh dengan dusta...Hanya dalam kisah dongeng manusia boleh jadi BADANG dan hanya dalam kisah dongeng manusisa mampu hidup bahagia ibarat 'CINDERELLA'...Kita mahukan sesuatu tetapi kenapa kita susah untuk memberi???Bukan soal keadilan yang hendak dibicarakan tetapi soal sikap kita yang tidak pernak kisah dan tidak ambil tahu...Sering kali kita asyik kata 'MALASLA NAK PIKIR', 'SERABUTLA KEPALA NAK PIKIR' dan itu;ah yang telah menjadi kebiasaan kepada kita...Aku tersedar dari lakonan aku yang kita tidak perlu berpura-pura untuk menjadi orang lain hanya untuk menyenangkan orang di sekililing kita???Susah untuk kita berfikir tentang orang lain bila hanya melayan perasaan dan emosi...Aku pernah terfikir yang mengapa aku perlu aku kisah tentang orang lain???Hanya kerana aku sayang mereka, ambil berat, nak menyibuk atau saje2???Janganlah kita lafazkan sesuatu tentang emosi kalau kita sendiri tidak mampu mengawal emosi dan perasaan kita...Mengapa kita tidak pernah berfikir tentang orang yang sayang dan risaukan kita???Mengapa kita sering membuat orang lain tertanya-tanya???Mengapa perlu kita menyeksa orang lain secara tidak langsung atau tanpa menyedarinya???Susah sangatkah untuk kita melafazkan 'MINTAK MAAF' kalau kita perlu masa bersendirian kalau kita terasa diganggu dengan kehadiran orang lain???Perlukah kita bersikap dingin dengan oran lain dan membiarkan mereka merasa bersalah dan tertanya-tanya kesalah yang mereka lakukan tanpa mereka sedari???Perlukah kita memarahi orang lain hanya kerana kita suka perkara yang dilakukan olehnya walaupun perkara itu tidak mendatangkan masalah???PErlukah kita membiarkan oranbg lain memkirkan siapakah diri mereka sehingga dilayan begitu???Mengapakah kita tidak cuba untuk MEMINTA orang lain pergi kalau kita tidak senang dengan kehadiran mereka???Mengapa kita tidak MEMINTA orang lain berhenti perkara yang mereka lakukan jikalau kita terasa terganggu???Mengapa perlu kita memarahi orang lain yang cuba membantu kita???Mengapa kita mahukan orang lain melakukan segalanya untuk kita sedangkan kita tidak mebuat perkara yang sama???Perlukah kita mengabaikan orang lain???Perlukah kita mengabaikan perassan orang lain???Perlukah kita mengabaikan hati orang lain???Perlukah kita biarkan orang lain merasa kesakitan seperti hati mereka ditikam pisau??? PERLUKAH AKU MEMIKIRKAN SEMUA INI DAN PERLUKAH AKU MEMIKIRKAN TETANG ORANG LAIN LAGI???
Sunday, October 3, 2010
Truth that hurts...
Everything happened for a reason right???itulah kata-kata yang sering aku dengar dari mulut orang-orang di sekelilingku... aku faham dan mengerti akan semua itu, dan aku tidak pernah
mempersoalkannya...tetapi mengapa dikala aku sedang bahagia dan tenang, di waktu
itulah ribut datang melanda...walaupun aku sentiasa yakin dengan semua perkara yang aku inginkan tetapi itu semua hanya untuk menyedapkan hati aku yang gundah gulana...aku tidak mempercayai perkara yang kekal kerana setiap yang hidup akan mati dan yang bersama akan berpisah...aku mengerti semua itu tetapi mengapa peristiwa yang silam sering menghantui aku...aku menjadi sukar untuk mempercayai "love" kerana aku
tahu perkataan itu bakal menjatuhkan aku dan aku sentiasa bersedia untuk disakiti sekali lagi...
aku amat terkilan dan sedih apabila aku mendapat tahu perkara yang sebenar setelah 3 tahun aku
mempercayai sesuatu yang palsu...aku hampir hilang nyawaku untuk angkara seseorang yang
pernah bertakhta dalam hatiku tetapi kenapa aku masih dipersalahkan lagi???
adakah kerana aku terlampau menyayangi membuatkan aku lupa erti sakit???
aku tidak sanggup untuk sakit lagi dan aku suda letih...sekarang aku memilih untuk tidak percaya akan
cinta yang selalu menjatuhkan aku...aku tidak perlu untuk dipujuk atau dielokkan oleh sesiapa kerana
aku sentiasa bersedia dengan kesakitan yang bakal aku hadapi...kepada cik teh o, maafkan aku kalau nukilan
ini mengguris hati dan perasaan cik teh o...hanya sayang saya tahu apa yang saya perlukan sekarang, saya berharap beliau tahu...
Subscribe to:
Posts (Atom)