Tuesday, August 14, 2012

Mutiara yang kian pudar...

Hari ini aku sedar bahwa diri aku bukan seorang yang kebal...terluka, terhiris, terkoyak, rabak dan terjatuh tidak pernah melemahkan aku...aku perlukan kekuatan serta tenaga yang kuat untuk mengharungi liku kehidupan yang mencabar di dunia realiti pada masa kini...aku sering mendapatkan semangat juangku dari sinar sebuah mutiara yang sering menyinar hidupku yang malap ini...kini mutiara yang menjadi sandaranku selama ini kian pudar dan malap walau beribu kali ku gilap bagi mendapatkan cahayanya untuk menyinarkan hidupku...aku tidak akan jatuh walau aku kehilangan mutiara ini kerna aku tahu, aku hanya ada diriku sahaja kini...kini aku harus menguatkan diriku walau aku tahu aku akan susah dan bermasalah dalam menjalani hidup yang penuh dusta dan dugaan yang mencabar...aku pewrlu kuat, aku perlu bertenaga dan bingkas bangun walau sebelum aku jatuh kerna aku tahu bahawa MUTIARAKU kian hilang dari hidupku ini...Aku takkan mengalah dan akan aku buktikan bahawa aku akan menyinar dan menjadi sinar mutiara kepada semua pada hari kelak...aku panjatkan doa pada yang maha esa untuk memakbulkan doaku dalam memperjuangkan perjuangan aku untuk membantu manusia serta insan yang lain...niat muliaku tidak akan berakhir hingga ke hujung hayatku...

0 Footprint: