Thursday, August 16, 2012

Tragedi Aidilfitri

Tragedi sudah tentu sesuatu yang buruk...Hari ini aku sepatutnya melangkah masuk ke dalam rumahku bertemu keluargaku dengan hati yang gembira tetapi semua itu tidak seperti yang aku bayangkan...Penceritaaannya bermula selepas aku bertemu dengan seorang rakan kongsi bisnes aku untuk memberi sedikit tunjuk ajar dalam menjalankan bisnes dengan lebih lancar...Aku gembira membantu insan lain untuk berjaya walaupun aku terpaksa melakukan sedikit pengorbanan...Selepas selesai menolong beiau aku bergegas untuk bertemu dengan Cik The O untuk berbuka puasa bersama-sama dengannya...Dalam perjalanan minyak kereta rakanku itu habis dan aku dan dia terpaksa berhadapan situasi menolak kereta, ulang-alik ke stesen minyak sampailah enjin kereta beliau dapat dihidupkan...Walaupun ketika itu sudah hampir waktu berbuka puasa dan aku sudah berjanji untuk meuangkan masa bersama-sama Cik Teh O tetapi aku tetap tolong rakanku untuk memulihkan kereta beliau...Selepas semua masalah dapat diselesaikan aku pun pergi berbuka puasa bersama-sama dengan Cik Teh O, kami bersembang dan aku gembira melihat senyuman yang terukir di wajah beliau yang sudah sekian lama menghilang...Aku sanggup untuk melewatkan masa balik ke kampung untuk menghabiskan masa aku bersama-sama beliau...Selepas berbuka aku sempat membantu rakan kongsi bisnes aku di sarawak secara "online", walaupun tidak bersua muka namun tanggungjawab sebagai rakan kongsi tetap dapat dijalankan...Selepas selesai semua perkara yang aku perlu selsaikan aku pun pergi ke stesen Puduraya untuk menaiki bas balik ke kampung halamnku di Ipoh...Perasaan kosong serta tidak senang dapat aku rasa seperti ada perkara yang ti dak baik akan berlaku, aku cuba untuk balik pada esok hari tetapi aku batalkan niatu kerana rindu akan keluarga di rumah...Dalam perjalanan aku ke rumah, bas yang aku naiki berhenti sebentar di RNR Tanjung Malim, aku keluar sebentar untuk membeli air...Disinilah bermula satu ujian yang sangat besar bagi aku...Aku keluar saja dari kedai, aku nampak bas aku dah bertolak...Aku panik dan gelabah, tanpa memikirkan apa-apa aku kejar bas aku sampai masuk ke highway sambil menepuk, menjerit, menedang dan macam-macam lagi pada bas tersebut tetapi aku ditinggalkan oleh bas...Segala barang, dompet, ipad, dokumen dan macam-macam lagi smuanya di dalam bas...Aku buntu dan terus menahan setiap kenderaan yang lalu di situ, kereta, motor, lori, semua aku tahan tetapi tiada yang mahu menumpangkan aku kerana alasan yang mereka takut aku ini adalah seorang penjahat, perompak atau penyangak...Sampailah aku bertemu dengan seorang saudara yang memandu van yang sarat dengan barang yang kebanyakannya seperti patung dan baju raya...Aku merayu pada saudara tersebut untuk tumpangkan aku...Tanpa berfikir panjang aku menaiki van beliau tanpa memikirkan perkara yang negatif...Aku yakin saudara tersebut ingin menolong aku dengan ikhlas...Samapi sahaja di simpang keluar dari lebuhraya Simpang Pulai, saudara tersebut terpaksa menurunkan aku kerana beliau boleh menumpangkan aku disitu sahaja...Aku pun berjalan kaki sampailah ke tol, sampai sahaja di tol aku bertanya kepada seorang pak cik macamana untuk mendapatkan teksi tetapi aku pula yang kena marah sebab kata aku ini seorang yang menyusahkan orang sampai kena tinggal bas...Aku pelik aku kena tinggal bas, pak cik tu cuma pengawal keselamatan kat tol tu...TApi, kenapa beliau nak marah aku...Aku pun dah tak tahu apa yang harus aku lakukan untuk sampai ke rumah dengan memikirkan barang-barang aku lagi yang masih di atas bas..Sepanjang perjalanan aku aku SMS dengan Cik Teh O, menceritakan segala yang terjadi...Aku bersyukur yang beliau sanggup teman aku walaupun sedah lewat malam...DAlam perjalanan aku kene rompak, kene "PAU"...HAbis duit aku semua kena rompak, aku bagi je semua sebab mereka bersenjatakan pisau...Walaupun tidak besar tetapi kalau aku kena tikam memang parah...Aku yang letih terpaksa berjalan selepas di pukul oleh perompak tersebut cuba untuk menghubungi Cik Teh O untuk minta bantuan telefon keluargaku kerana kredit telefon aku hanya boleh untuk menelefon beliau dan sms beliau...Berkali aku cuba untuk telefon beliau tetapi tidak berjaya sehinggalah aku sms yang aku ada hal...Selepas itu beliau balas, dan aku terus telefon beliau untuk menceritakan apa yang terjadi dan ingin meinta bantuan beliau...TEtapi aku bertanya dahulu kenapa beliau tidak angkat telefon dan jawapan beliau membutakan aku tersentak sebab beliau malas nak dengar!!!!!Aku terus letak telefon dan hantar sms yang berbaur "SARCASTIC"..."Its ok tkyah wsaw,tkda masalah ape pun...btl, we dun hve 2 knw everything bout each other.."dan ada lagi sambungan untuk sms tersebut...Memang kita sebagai manusia tidak perlu tahu apa-apa tentang sesiapa mahupun insan yang kita sayang walaupun beliau mati, sakit, terkena bencana, kecelakaan ataupun musibah sebab bila kita tidak mengetahui apa-apa kita akan lebih GEMBIRA dan bahagia...


Melalui pengalaman saya diatas yang terjadi pada awal pagi 17 OGOS 2012 ini, telah memberi pengajaran apda saya untuk berdiam diri, dan tidak perlu memberi janji atau berkata apa-apa dan kita hanya perlu tunjuk sahaja...Dengan perlakuan dan tingkah laku baru kita akan tahu isi hati seseorang terhadap kita, dan aku sedar kali ini yang aku bukan dari kalangan yang baik dan aku bersyukur pada ILAHI kerana meberi aku satu ujian yang besar ini yang telah memberi aku satu erti kehidupan yang sebanar dan membuatkan aku tahu YANG AKU TIDAK PERLU DAN TIDAK AKAN BERHARAP PADA SESIAPA KERANA APABILA AKU SUSAH DISITU CUMA ADA DIRI AKU DAN AKU TIDAK NAMPAK DI MANA KAU BERADA...

Tuesday, August 14, 2012

Mutiara yang kian pudar...

Hari ini aku sedar bahwa diri aku bukan seorang yang kebal...terluka, terhiris, terkoyak, rabak dan terjatuh tidak pernah melemahkan aku...aku perlukan kekuatan serta tenaga yang kuat untuk mengharungi liku kehidupan yang mencabar di dunia realiti pada masa kini...aku sering mendapatkan semangat juangku dari sinar sebuah mutiara yang sering menyinar hidupku yang malap ini...kini mutiara yang menjadi sandaranku selama ini kian pudar dan malap walau beribu kali ku gilap bagi mendapatkan cahayanya untuk menyinarkan hidupku...aku tidak akan jatuh walau aku kehilangan mutiara ini kerna aku tahu, aku hanya ada diriku sahaja kini...kini aku harus menguatkan diriku walau aku tahu aku akan susah dan bermasalah dalam menjalani hidup yang penuh dusta dan dugaan yang mencabar...aku pewrlu kuat, aku perlu bertenaga dan bingkas bangun walau sebelum aku jatuh kerna aku tahu bahawa MUTIARAKU kian hilang dari hidupku ini...Aku takkan mengalah dan akan aku buktikan bahawa aku akan menyinar dan menjadi sinar mutiara kepada semua pada hari kelak...aku panjatkan doa pada yang maha esa untuk memakbulkan doaku dalam memperjuangkan perjuangan aku untuk membantu manusia serta insan yang lain...niat muliaku tidak akan berakhir hingga ke hujung hayatku...