Monday, January 7, 2013
Aku Akan Pulang
Setelah sekian lama aku dah jumpa jawapan yang aku cari selama ini, manusia sering kali mahu segalanya terhidang dan tidak mahu berfikir...tidak suka bertanya mencari kepastian, membuat andaian, anggapan dan spekulasi atas ikutan perasaan dan emosi...Nekad itu adalah sesuatu yang sangat berani sebab bukan semua insan di dunia ini nekad melakukan sesuatu, kali ini aku sudah nekad kerna kekuatan yang selama ini aku perlu ada pada sudut hati aku bukan pada insan lain...Lalu keputusan yang dibuat akan menentukan segala yang bakal berlaku, mahu baik atau buruk...Aku tidak akan mengalirkan air mata walau kematian sekalipun kerna akanku latih hati ini sekeras batu, sekuat konkrit, sekukuh besi, tidak akan aku biarkan ealau sekelumit emosi yang berupa kaca yang mampu pecah berderai walau kehilangan perlu aku bayar untuk semua ini, akan aku hilangkan semua untuk menjadi insan yang lain...Ini adalah noktah yang terakhir bagi jasad sekarang yang tidak akan lagi sama mahu serupa dengan segala yang akan datang....
Subscribe to:
Posts (Atom)