Thursday, May 31, 2012
Jangan berdiam
Salam kepada semua, sudah lama saya tidak aktif meluahkan rasa, emosi dan juga cerita disini...Baru-baru ini telah berlangsung satu festival teater di pahang dimana saya dan rakan-rakan telah mengambil bahagian bertanding di festival tersebut...Banyak perkara yang telah saya pelajari daripada pengalaman yang cukup untuk membuka minda saya untuk berfikir dengan lebih matang...Pementasan kesemua peserta berjalan dengan lancar dan saya berpuas hati secara keseluruhannya...Naskah Dusta Pada Skala 1 Hingga 10 telah dijulang pada festival ini dan pementasan naskah itu telah berjalan dengan baik...Disini, bukan soal pementasan atau festival yang hendak saya suarakan cuma apa yang saya belajar dan saya dapati dari pengalaman saya disana...Saya ingin berterima kasih kepada semua rakan-rakan dan tauladan yang mempercayai saya untuk menggalas tugas sebagai pengarah, dan sebagai pengarah saya dapati bahawa menjadi pengarah tidak boleh berkomproni dan berdiam diri sebaliknya perlu bersuara tentang segala kesilapan yang telah berlaku...Saya tersedar bahawa saya telah melakukan satu kesilapan dengan membiarkan pelakon-pelakon saya tus melakukan kesilapan...Saya tidak boleh terus untuk menjadi begini, saya perlu berubah dan mungkin untuk perubahan yang drastik...Saya sedar silap saya tetapi saya masih dalam belenggu memikirkan adakah yang lain juga belajar dari kesilapan???persoalan yang tidak terjawab yang hanya akan terungkai pada produksi yang akan datang dan kali ini saya tidak akan berdiam diri untuk membiarkan semua kesilapan lalu berulang lagi...
Subscribe to:
Posts (Atom)