apa ada pada jujur…
jika tipu daya ditelan…
mereka kata mereka kenal kau…
kalian kata kalian kenal kau…
masakan kenal jika tidak upaya beda…
apa kau jujur atau berdusta?
persetan sama jujur…
jujur tidak perlu keluar dari mulut…
jika tidak mampu dibeda sama dusta yang ditabur…
soalnya bukan jujur dusta…
tp atas niat apa itu semua ditabur?
tidak perlu sebab…
jadi lebih baik kalian bingung…
dari mengerti tidak memahami…
silap itu memang sial…
bagi kalian dan kau…
penjelasan sudah lapuk…
dimamah anai-anai…
kata-kata basi lagi mahu ditelan…
lebih mudah dibuang dari dihadam…
tiada apa lagi dari kau untuk kalian…
kau akhiri pemikiran durjana ini dengan noktah…
-KD-
Monday, November 18, 2013
Thursday, November 14, 2013
Apa Bisa Kata Jika Dusta Bagi Mereka
Tatkala melihat masa, kita sering dibayangi masa silam…
Apa mungkin dapat kita membuat mereka kelam…
Apa mungkin mereka menghantui masa kita dalam-dalam…
Lampau, kini dan mendatang semuanya mula dengan silam…
Mana boleh kita ubah yang silam, hanya kini bisa…
Apa bisa kita laku untuk ubah semua…
Tiada yang berdiri disisi mu tatkala kau berkata benar…
Kerna bagi mereka semua itu dusta…
Apa bisa kau laku seakan tiada yang berguna…
Kita hanya boleh diam, tapi sampai bila?
Sampai kau bisa, kerna laku dan kata…
Dua perkara berbeza…
Mereka memilih laku dari kamu berkata…
Apa guna berkata jika dianggap dusta?
Apa kamu perlu bukti?
Tidak, kamu cuma perlu yakin…
Terus laku apa benar bagi kamu…
Hingga kamu bisa terbang…
Tanpa perlu peduli…
Apa mereka pikir…
Apa mereka kata…
Apa mereka laku…
Apa mereka lihat…
Pada kamu…
Selagi kamu benar…
Terus laku apa saja…
Benar bagi kamu laku, untuk mereka kata…
Kamu saja yang mengerti kamu…
Kamu bisa…
Jangan silap…
Kerna kapan nanti kamu sesal…
-KD-
Saturday, July 27, 2013
Cerita Kita
Tatkala mengimbau kenangan silam, ada yang tersengih senyum, ada yang muram, ada yang berlinang air mata ada yang ketawa dan adan pula yang mengalir air mata...Segala yang dicapai dan dimiliki dulu tidak akan berlaku untuk kali kedua..."There is always a second chance" bak pepatah orang barat, hanya angan-angan...Tak semua yang diberi peluang kedua kerna tak semua pandai hargai peluang...Melihat kebahagian pada orang lain lebih bermakna dari kesedihan jika bersama kita...Aku lepaskan semua untuk kebahagian mereka, kebahagian tidak lagi penting bagi aku sekarang...Mempunyai tubuh yang sihat, masa yang lapang dan berpeluang melihat keindahan dunia sudah cukup untuk aku kekal dalam landasan kejayaan aku...Ini bukan tentang aku, ini tentang kamu, tentang kita dan tentang dia...Cerita kita sudah tiada, terima kasih pada senyuman dan kebhagian masa lepas...
Friday, April 26, 2013
Hilang Rasa
Impian dan harapan dipunya oleh semua...Berbagai harapan dan cita-cita ditanam dalam hati...Mahu yang kekal atau sementara, aku mahu yang sempurna bg sekeliling aku walau aku tidak akan dapat yang sempurna...Mahu memahami semua walau tidak difahami oleh mereka...Itu aku seorang manusia...Tapi itu dulu, sekarang aku tidak dapat merasa apa-apa, menaruh harap apa-apa bercita apa-apa terhadap mereka kerana aku tidak lagi punya rasa terhadap mereka dan mereka tidak lagi perlu rasa aku pada mereka...
Monday, January 7, 2013
Aku Akan Pulang
Setelah sekian lama aku dah jumpa jawapan yang aku cari selama ini, manusia sering kali mahu segalanya terhidang dan tidak mahu berfikir...tidak suka bertanya mencari kepastian, membuat andaian, anggapan dan spekulasi atas ikutan perasaan dan emosi...Nekad itu adalah sesuatu yang sangat berani sebab bukan semua insan di dunia ini nekad melakukan sesuatu, kali ini aku sudah nekad kerna kekuatan yang selama ini aku perlu ada pada sudut hati aku bukan pada insan lain...Lalu keputusan yang dibuat akan menentukan segala yang bakal berlaku, mahu baik atau buruk...Aku tidak akan mengalirkan air mata walau kematian sekalipun kerna akanku latih hati ini sekeras batu, sekuat konkrit, sekukuh besi, tidak akan aku biarkan ealau sekelumit emosi yang berupa kaca yang mampu pecah berderai walau kehilangan perlu aku bayar untuk semua ini, akan aku hilangkan semua untuk menjadi insan yang lain...Ini adalah noktah yang terakhir bagi jasad sekarang yang tidak akan lagi sama mahu serupa dengan segala yang akan datang....
Subscribe to:
Posts (Atom)